13 Tempat Makan Malam Best di Batu Pahat, Johor

13 Tempat Makan Malam Best di Batu Pahat, Johor

Batu Pahat ialah sebuah bandaraya yang terletak di negeri Johor, Malaysia. Bandar ini adalah salah satu daripada bandar yang mempunyai perkembangan pesat dalam negeri Johor. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi termasuklah tempat makan best.

13 Tempat Makan Malam Best di Batu Pahat, Johor



Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Batu Pahat, Johor ini.

ARTIKEL MENARIK: 13 Tempat Makan Best Arab Di Kuala Selangor, Selangor


1. LEEZO RESTAURANT BATU PAHAT – MAKAN MALAM

Dah jemu makan makanan Local dan craving makanan Western? Korang kena singgah di Leezo Restaurant Batu Pahat ini. Leezo Restaurant adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan Western. Dekat sini, mereka menyediakan banyak jenis hidangan yang korang boleh dapatkan seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Fish and Chips, Burger dan banyak lagi. Bukan setakat itu saja, suasana restoran ini juga sungguh menenangkan. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!



Lokasi Leezo Restaurant ini di 6-A, Jalan Flora Utama 4, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 5 petang hingga 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel:  017-8873436.

BUSINESS PAGE: https://leezobatupahat.orderla.my/leezo-restaurant-batu-pahat

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/LeezoRestaurant/

 

2. MEE RACUN TULANG – MAKAN MALAM

Walaupun kedai ini kelihatan biasa tapi siapa sangka, sebenarnya luar biasa! Kalau korang nak tahu, restoran ini adalah restoran Melayu terbaik dalam menghidangkan pelbagai jenis masakan tempatan. Dekat sini, mereka ada menyediakan Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Kampung, Mee Sup dan kalau korang ada disini, korang kena cuba Mee Racun. Memang terbaik! Dahlah sedap, perkhidmatan dan harga pun memang mantap. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.


Lokasi ini di TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor dan dibuka setiap hari pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-6746066. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/people/Mee-Racun-Tulang-Original/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/meeracun_tulang/

 

3. NIKMAT TANDOORI BATU PAHAT – MAKAN MALAM

Inginkan makan malam dengan masakan Mamak? Korang boleh ke Nikmat Tandoori Batu Pahat ini. Korang pasti akan rambang mata punya kerana dekat sini, ada banyak jenis hidangan yang korang boleh pilih. Antaranya ialah Cheese Naan, Ayam Tandoori, Bubur Ayam dan banyak lagi. Bukan setakat sedap, harga yang ditawarkan pun sangat mampu milik. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang nak lepak bersama kawan. Selamat mencuba!



Lokasi Nikmat Tandoori ini di 18, Jalan Sultanah, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor dan dibuka setiap hari pada 4 petang hingga 1 pagi. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-7070224.

BUSINESS PAGE: https://nikmat-tandoori-batu-pahat.business.site/



Loading...


4. LIZA’S KITCHEN STEAMBOAT & GRILL – MAKAN MALAM

Korang nak makan Steamboat tapi tak tahu dekat mana yang best? Jangan risau, korang boleh singgah di Liza’s Kitchen Steamboat & Grill ini. Korang pasti akan suka punya kerana dekat sini, terdapat pelbagai variasi makanan yang korang boleh dapatkan. Daripada sayur-sayuran hinggalah makanan laut. Kesemuanya segar segar. Harga sangatlah berbaloi, suasana sangatlah bersih dan perkhidmatan sini memang terbaik. Tempat ini amatlah sesuai untuk makan bersama seisi keluarga atau kawan-kawan korang.



Lokasi Liza’s Kitchen ini di 49, Jln Zabedah, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 5:30 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-10971407.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/lizaskitchensteamboatgrill/


Kredit -KHALIFAH MEDIA NETWORKS.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post