Satu perkongsian video daripada pelakon Abby Abadi di laman Instagram miliknya telah mengundang pelbagai respon dalam kalangan warga maya.
Dalam video tersebut, keluarga besar Abby difahamkan sedang berkumpul bersama-sama keluarga bekas suami, Norman Hakim dan pasangan berserta anak-anak untuk satu majlis.
ARTIKEL MENARIK:Tanpa mekap, Marissa Dania dicop ‘muka awam’
Kemunculan Marissa jadi tumpuan
Turut kelihatan, anak gadis Abby dan Norman, Marissa Dania yang sebelum mencetuskan kontroversi yang kurang enak beberapa minggu lalu.
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila Abby Abadi dilihat memeluk erat dan mencium pipi Marissa ketika sesi bergambar.
Mengenakan jubah coklat, Marissa juga tidak melepaskan peluang memeluk adik-adiknya ketika memenuhi jemputan menikmati promosi ‘buffet’ Ramadan di sebuah hotel terkemuka.
Netizen sebak layanan keluarga terhadap Marissa
Norman yang ada bersama turut dirakam menyuap anak perempuannya itu dengan makanan.
Video itu kemudian menuai pelbagai respon dan rata-ratanya membuatkan hati netizen sebak dan menyifatkan kedua-dua selebriti itu sebagai ibu bapa contoh.
Kata netizen, meskipun anak terlibat dalam isu yang tidak diingini, mereka reda menelan segala kata-kata serta tohmahan masyarakat terhadap Marissa berikutan kontroversi perkahwinan dengan suami orang di Thailand baru-baru ini.
Mak dan ayah yang hebat. Ini contoh paling baik tetap menyayangi anak mereka. Mereka tahu anak adalah amanah Allah SWT. Tidak kira berapa ramai yang mengecam, mereka tidak kisah betapa buruk di mata manusia, namun tidak di sisi Allah.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment