Shuib Nafi Hadiahkan Watie Banglo – “Itu Saya Beli Untuk Mak Saya Lah…”

Shuib Nafi Hadiahkan Watie Banglo – “Itu Saya Beli Untuk Mak Saya Lah…”

Pelawak dan penyampai radio Shuib, menolak spekulasi kononnya dia telah membelikan dan menghadiahkan isterinya, Watie Hanifiah sebuah rumah banglo sebelum mendirikan rumah tangga.

Shuib Nafi Hadiahkan Watie Banglo – “Itu Saya Beli Untuk Mak Saya Lah…”



Menganggap khabar angin tersebut sebagai mengarut, Shuib menjelaskan, dia ada membeli banglo tetapi untuk ibunya.

ARTIKEL MENARIK:Tak Perlu Lagi Berkongsi Atau Berselindung, Ira Kazar Kini Muat Naik Foto Suami Tercinta, Syamsul Yusof

“Mana dapat cerita ni? Tak adalah, banglo untuk mak saya…Memang ada beli tapi untuk mak saya.

“Banglo itu di Johor…Insya-Allah bulan Januari tahun depan siap, hadiah untuk mak saya,” katanya.


Sementara itu, ditanya mengenai anak bongsunya Ayash Affan, Shuib berkata permata hatinya akan terus dijaga ibu, Salamiah Jalani.

Kata Shuib, ia di atas permintaan ibunya sendiri yang mahu Ayash dijadikan tempat bermanja.

“Saya dah berbincang dengan mak saya…mula-mula dia cakap, kalau Ayash dah pandai jalan nanti lepas dah kahwin nanti kau jagalah.



Loading...


“Tapi sekarang ni dia kata, tunggu Ayash pandai cakap pulak. Sebab dia kata nanti senang sikit. Saya okay je. Lagipun memang mak yang jaga dari bayi.


“Sekarang pun mak saya selalu datang ke Kuala Lumpur, sebulan dalam dua hingga ke tiga kali…Biarlah mak saya nak manja-manja dengan cucu dia,” kata Shuib.

Tentang Uwais pula menurut Shuib, anak sulungnya itu memang sentiasa bersama datuknya, Raisuddin Hamzah.

“Uwais memang selalu dengan atuk sebab dia pun selalu ada training golf. Kalau Uwais dengan saya, saya pula selalu sibuk tak dapat nak bawak dia pergi training selalu.

“Jadi dia memang akan duduk dengan atuk dia. Tapi Talita dan Matin memang dengan saya,”katanya.


Uwais

Shuib ditemui selepas majlis akad nikahnya pada malam Jumaat lalu di Putra Glass House, Shah Alam.

Terbaharu, Shuib dan Watie kini sedang menghabiskan masa bersama di Pulau Langkawi sebelum berbulan madu di Turkiye bersama anak-anak. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post