Shikin Maembong, Cat Farish Nikah 14 Julai Ini, Ucap Terima Kasih Kepada Emma Kerana…

Shikin Maembong, Cat Farish Nikah 14 Julai Ini, Ucap Terima Kasih Kepada Emma Kerana…

Penyanyi, pelakon dan komposer Cat Farish yang juga anggota kumpulan Ruffedge bakal bernikah dengan kakak kepada aktres Emma Maembong, Shikin pada pada 14 Julai ini.

Shikin Maembong, Cat Farish Nikah 14 Julai Ini, Ucap Terima Kasih Kepada Emma Kerana…



Shikin Maembong yang merupakan seorang usahawan berkata, mereka akan mengadakan tiga majlis perkahwinan untuk keluarga, rakan dan peminat.

ARTIKEL MENARIK:Shuib Nafi Hadiahkan Watie Banglo – “Itu Saya Beli Untuk Mak Saya Lah…”




“Perkahwinan saya sebelum ini tidak merasa bersanding, hanya akad nikah. Kali ini majlis akan diadakan dengan lebih proper, ada malam berinai dan bersanding, katanya.

Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur’ Ashikin Ismail, 40, berkata, majlis berinai akan diadakan pada 12 atau 13 Julai, akad nikah pada 14 Julai, dan bersanding pada 15 Julai.

Dalam pada itu, Shikin berterima kasih kepada Emma kerana bekerja keras membantunya membuat persiapan untuk hari besarnya itu.

“Emma telah banyak membantu saya dalam mencari penaja untuk venue dan pakaian saya,” kata Shikin.

Shikin sebelum ini pernah berkahwin dengan Chef Riz atau Mohd Nadzri Redzuawan anak kepada chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, dari 2014 hingga 2016.



Loading...


Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Putri Arianna Natasya, 8.

Perkahwinan keduanya pada tahun 2020 juga bertahan selama dua tahun.

Cat atau Farish Ramli, 48, berkahwin dengan Suriani Hassan dari 2020 hingga Februari tahun ini.

Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dari 2007 hingga 2016. Mereka mempunyai tiga anak berusia 12, 13 dan 15 tahun. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post