Bergambar tidak salah. Ada yang bergambar untuk berkongsi kisah dan ada juga bergambar sebagai simpanan kenangan.
Asas penampilan bergambar di media sosial sama sahaja sebagaimana asas penampilan secara bersemuka atau dunia realiti.
ARTIKEL MENARIK:Hadir Ke Mahkamah Tinggi, Hafidz Roshdi Kekal ‘Membatu’
Maka penampilan itu adalah diharuskan sebagaimana di atas. Cuma bezanya jika dalam ruangan media sosial ia lebih luas rangkaiannya yang tidak terhad pada ruang sekeliling sahaja. Semakin luas, maka semakin besar impaknya jika tidak dipelihara.
Sebab itu, penjagaan penampilan sangat penting kerana ia boleh dimanipulasi apatah lagi zaman moden yang memiliki aplikasi pelbagai yang boleh mengundang negatif jika berlaku penyalahgunaan.
Berbahas soal ini baru-baru ini, selepas sekian lama berdiam diri, akhirnya isteri pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar hari ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto suaminya dalam InstaStorynya.
Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin dalam perkongsian tersebut memuat naik foto yang sebelum ini dimuat naik Syamsul dalam Instagramnya.
Anak kepada pelakon senior Kazar Saisi itu bagaimanapun tidak meletakkan sebarang kapsyen sebaliknya menggunakan lagu Nasty nyanyian Tyga dan Chris Brown sebagai muzik latar.
Difahamkan, itu merupakan perkongsian pertama dia memuat naik wajah Syamsul sejak suaminya disahkan bercerai dengan Sarah pada 14 Jun lalu.
Mengimbau semula, Ira pada 5 Januari lalu sah bergelar isteri kepada Syamsul dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari lalu.
Rentetan daripada itu, Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi minggu lalu
Kredit -Murai MY.
Post a Comment