Pernah Merendah Diri Kerana Rupa, Airliftz Bangkit Selepas Satu Insiden Apabila…

Pernah Merendah Diri Kerana Rupa, Airliftz Bangkit Selepas Satu Insiden Apabila…

Penyanyi Airliftz mengakui pernah merendah diri kerana paras rupanya, malah ketika sedang membesar dia turut menjalani kehidupan sukar.

Pernah Merendah Diri Kerana Rupa, Airliftz Bangkit Selepas Satu Insiden Apabila…



Tambahan lagi kata Airliftz kanak-kanak sukar mendekati dirinya dan itu menjadikan dia gelisah apabila didekati golongan tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Lelaki tular tunjal kepala wanita menangis ketika rayuan




Bagaimanapun perkara tersebut berubah apabila didekati seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, sekaligus menaikkan semangat dan keyakinan dirinya.

“Ia satu perasaan yang sangat-sangat indah. Kerana waktu saya membesar, dan menjadi saya, sangat sukar untuk kanak-kanak cuba mendekati.

“Mereka mesti akan terfikir kenapa rupa saya macam ini, macam itu? Tapi budak 10 tahun itu datang dan beritahu dia adalah peminat terbesar saya.

“Insiden itu mengubah hidup saya. Kerana beberapa tahun ini, apa yang saya inginkan adalah pengesahan dari anak kecil bahawa mereka menyanjung saya,” katanya.

Penyanyi hip hop dan R&B terbabit mengakui dia sebenarnya berdepan waktu paling sukar dalam hidupnya beberapa tahun ini dan dilanda dilema sama ada perlu terus jadi anak seni.


“Budak itu jadikan penantian saya berbaloi. Ini kerana sejujurnya saya berada pada titik terendah, pindah ke Pulau Pinang untuk beri ruang kepada diri, hampir tinggalkan muzik.



Loading...


“Budak itu cetus harapan dan buka peluang buat saya. Saya akan kenang momen itu sampai hujung nyawa saya,” katanya.

Airliftz berkata, insiden itu berlaku sewaktu dia menjayakan sebuah konsert membabitkan penyanyi Amerika Syarikat iaitu Joji pada Februari lalu.

“Betul-betul jadi sewaktu saya buat persembahan untuk Joji. Saya cuma berjalan-jalan di pusat beli-belah, kemudian budak itu datang tegur,” katanya.


Baru-baru ini, Airliftz melancarkan lagu baharunya berjudul Princess Bubblegum, sebuah karya sulungnya menggabungkan bahasa Inggeris dan Melayu.

Jemu dengan formula pop generasi masa kini, Airliftz membawakan campuran perisa dan pendekatan yang lebih segar tentang perasaan angau ketika kemaruk bercinta.

Dengan tajuk yang diinspirasikan oleh watak Princess Bubblegum dari siri animasi “Adventure Time”, lagu dwibahasa ini disaduri bunyian jazz, afrobeat dan R&B alternatif.

Bagi projek kali ini Airliftz bergabung tenaga bersama artis dan penerbit serba boleh, Shelhiel untuk merealisasikan dunia “Princess Bubblegum” dalam bentuk sebuah lagu yang juga menjadi bukti bakat yang bertunas di Asia Tenggara.

“Sebahagian proses pembikinan lagu ini melibatkan saya mengenali Shelhiel dan kekuatan kami yang tersendiri dalam bidang muzik. Bagi saya cabarannya (dalam proses menulis lagu ini) ialah untuk saya membuka diri dan bersahaja dalam berkarya,” kata Airliftz.

Mengulas mengenai muzik videonya, Airliftz berkata ia seksi dan sensual tetapi tidak keterlaluan.

“Muzik video ini cukup sempurna bagi saya sebagai seorang lelaki Melayu Islam yang mahu cuba untuk memecahkan sempadan dalam berkarya. Ia seksi dan sensual tapi tidaklah keterlaluan.

“Saya inginkan pendengar untuk memahami bahawa terdapat banyak cabang muzik selain aliran perdana. Saya mahu mereka untuk merasai getaran dan membenarkan diri untuk berasa seksi dan berkeyakinan,” tambahnya.

Princess Bubblegum merupakan single keempat Airliftz bersama RedRecords selepas kejayaan “Not Today”, “Honest” dan “Smile Strong”.

Trek ini tersedia untuk dimuat turun di iTunes dan laman strim seperti Apple Music, Deezer, JOOX music, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post