Kes Persetubuhan Luar Nikah Didedah Kepada Umum, Ira Kazar Failkan Saman Terhadap JAWI

Kes Persetubuhan Luar Nikah Didedah Kepada Umum, Ira Kazar Failkan Saman Terhadap JAWI

Ira Kazar atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin bakal menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berikutan pendedahan pihak tersebut terhadap tuduhan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin kepada umum.

Kes Persetubuhan Luar Nikah Didedah Kepada Umum, Ira Kazar Failkan Saman Terhadap JAWI



Menurut peguam, Ammar Ghalip yang mewakili Ira, pihaknya bakal memfailkan saman terhadap Jawi kerana pendedahan yang dibuat oleh pihak tersebut kepada masyarakat.

ARTIKEL MENARIK:“Proses JKP Selasa Ini, Matlamat Farid Masih Sama Mahu Selamatkan Rumah Tangga” – Pengurus




“Berhubung kenyataan Puteri Sarah mengenai siasatan-siasatan daripada Jawi itu, ia belum selesai dan masih dalam siasatan.

“Jadi, terdapat perkara yang boleh dipersoalkan dan tindakan undang-undang telah pun diambil terhadap Jawi,” katanya pada Rabu.

Pada Rabu media melaporkan Syamsul Yusof, menafikan dakwaan isteri pertamanya bahawa dia melakukan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan Ira.



Loading...


Menurutnya, dia tidak pernah melakukan perbuatan tersebut dan turut mempersoalkan ketelusan Jawi.

Dalam pada itu menurut Ira, dia akan failkan saman pada minggu hadapan kerana pendedahan umum yang dibuat agensi berkenaan. – BOOM!


Kredit - Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post