Pengurus kepada Farid Kamil, Azahari Hamid mengesahkan aktor terbabit dan isterinya Diana Danielle, akan memulakan proses di bawah Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka, Selasa ini.
Azahari berkata, tindakan Farid enggan melafaz cerai adalah untuk mempertahankan rumah rumah tangganya.
ARTIKEL MENARIK:Ini Jawapan Farid Kamil Ada Tanya Punca Sebenar Diana Danielle Minta Cerai.
“Iya, mengikut perintah mahkamah, Farid dan Diana akan menghadiri proses JKP, Selasa ini. Pendirian Farid masih sama, iaitu mahu menyelamatkan rumah tangga.
“Namun, selepas JKP barulah kita boleh tahu hasil daripada pihak sana. Tapi, Farid memang mahu menyelamatkan (rumah tangga) kerana mereka ada anak bersama.
“Jadi, selagi boleh usaha untuk menyelamatkan (rumah tangga), Farid akan berbuat demikian. Kita tunggu sahaja maklum balas daripada pihak sana,” katanya.
Ditanya tentang keadaan Farid ketika ini, Azahari berkata emosi pelakon tersebut agak terganggu.
“Dia okay, cuma emosi agak terganggu sedikit mungkin kerana anak-anak pun tidak ada disamping dia.
“Bukan mudah untuk dia lalui semua ini, pastinya sukar. Dulu sebelum pergi kerja cium anak-anak tapi bila dah tak ada memang terasa.
“Buat masa sekarang dia pun belum pulang berjumpa anak-anak. Setakat ini sahajalah yang boleh saya beritahu,” katanya.
Dalam pada itu Azahari tidak menafikan Farid mempunyai konflik dengan isterinya.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Laporan media menyebut, alasan diberi pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment