Pelakon Puteri Sarah tetap bertegas menetapkan pendirian mahu meneruskan proses perceraian dengan Syamsul Yusof walaupun sudah menghadiri sesi rundingan bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) pagi tadi.
Ketika ditemui di perkarangan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Sarah berkata, sesi tersebut dijalankan secara berasingan.
ARTIKEL MENARIK:Kes Persetubuhan Luar Nikah Didedah Kepada Umum, Ira Kazar Failkan Saman Terhadap JAWI
“Tak nak berjumpa, tak nak sebilik dan ditegaskan di sini bahawa saya masih dengan keputusan untuk bercerai.
“Saya tak nak berdamai, enough is enough! I’m tired! Just nak minta lepaskan saya sahaja,” katanya.
Menurutnya, sewaktu sesi bersama JKP, dia menceritakan kesemua masalah dihadapinya dalam rumah tangga termasuk menunjukkan bukti kepada panel terlibat.
“Saya ceritakan dari A sampai Z tentang segala-galanya berserta bukti kerana mereka perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku.
“Mereka ada bertanya sama ada masih wujud atau tidak jalan pendamaian, saya jawab tidak, kerana saya sudah penat dengan isu ini yang sudah bertahun-tahun.
“Jadi terus-terang saya beritahu mereka yang saya takkan berdamai dan takkan boleh, saya tak nak dan saya nak bercerai,” tegasnya.
Dalam pada itu menurut Sarah, kesemua yang dibincangkan ketika sesi JKP hari ini akan dibawa pada hari perbicaraan April depan.
“Kes akan diperdengarkan kali kedua pada April nanti dan apa yang telah dibincangkan tadi bakal dibawa ke mahkamah.
“Berharap sangat agar saya cepat-cepat dilepaskan, tetapi kalau dia tak nak, saya akan menggunakan Hakam,” katanya seperti yang dipetik menerusi rakaman video di Instagram.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian. – BOOM!
Sumber: HLive
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment