Belum reda isu ‘penyondol’ rumah tangga dalam kalangan artis, terkini timbul pula cerita panas mengenai hubungan terlarang antara dua penyampai berita sebuah stesen TV.
Masakan tidak, penyampai berita wanita senior berstatus isteri serta ibu kepada seorang cahaya mata itu tanpa segan silu menjalin hubungan dengan personaliti TV lelaki yang usianya jauh lebih muda.
ARTIKEL MENARIK:“Proses JKP Selasa Ini, Matlamat Farid Masih Sama Mahu Selamatkan Rumah Tangga” – Pengurus
Difahamkan, hubungan mereka mula terjalin sejak beberapa tahun lalu setelah percintaan wanita berkenaan dengan seorang penerbit muda di stesen tersebut putus di pertengahan jalan.
Jika dulu menjalin hubungan secara diam-diam, namun kini ia bukan lagi rahsia memandangkan kedua-duanya berani berkongsi foto mereka sewaktu bercuti bersama sekumpulan pemuda dipercayai kenalan rapat kepada penyampai berita lelaki tersebut.
Malahan perkara itu sudah pun diketahui pihak atasan, namun disebabkan sikap personaliti wanita terbabit yang cepat naik angin dan miliki pengaruh, semuanya seperti buat-buat buta.
Turut memain peranan selaku editor di bilik berita stesen TV terkemuka itu, wanita berkenaan juga sudah mula menunjukkan belangnya apabila acapkali membela si pucuk muda kesayangannya tatkala ditegur bos-bos lain.
Lebih teruk, terdapat rakan editor terpaksa letak jawatan dek rasa teraniaya dengan sikap personaliti wanita terbabit yang asyik emosi, terutama jika ada isu membabitkan buah hatinya.
Waima secara terbuka mempamerkan kemesraan antara satu sama lain, namun status isteri yang digalas wanita berkenaan membuatkan dirinya diperkatakan oleh rakan sekerja.
Bukan setakat itu sahaja, personaliti lelaki yang mendampingi wanita berkenaan didakwa telah ‘menipu’ khalayak umum sementelah kemenangannya dalam satu majlis anugerah berprestij pada tahun lalu rupa-rupanya diatur oleh orang dalam atau istilah lain, menggunakan kabel.
Apapun, sempena bulan Ramadan ini, diharap agar kedua-dua personaliti TV terbabit sedar dengan kemungkaran yang sedang mereka lakukan dan cepat-cepat bertaubat. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment