Diiktiraf Drama Novel Terbaik, Melur Untuk Firdaus Angkat Pasangan Meerqeen Dan Anna

Diiktiraf Drama Novel Terbaik, Melur Untuk Firdaus Angkat Pasangan Meerqeen Dan Anna

Melur Untuk Firdaus lakonan Meerqeen dan Anna Jobling bukan saja diangkat sebagai Drama Adaptasi Novel Terbaik, malah turut mengiktiraf gandingan tersebut selaku Pasangan Drama Terbaik.

Diiktiraf Drama Novel Terbaik, Melur Untuk Firdaus Angkat Pasangan Meerqeen Dan Anna



Dalam acara Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023 yang berlangsung di PICC malam tadi, Anna turut dinobatkan Pelakon Wanita Popular.

ARTIKEL MENARIK:Penglihatan Terjejas, Fasha Sandha Tetap Komited Hadiri TADS – “Mungkin Mata Akan Dibedah”




Melur berjaya lonjakkan nama Anna dalam bidang lakonan.

Gandingan hero dan heroin baharu yang semakin menyerlah itu membuktikan kewibawaan mereka sementelah Melur Untuk Firdaus tular hingga ke negara jiran.

Dek ledakan populariti dikecapi Meerqeen dan Anna merentas nusantara, maka tidak hairanlah mereka layak untuk membawa balik gelaran Pasangan Drama Terbaik, sekali gus menepati ramalan ramai.


Selain itu, TADS 2023 telah mengiktiraf naskhah Suamiku Lelaki Pendosa lakonan Datuk Aaron Aziz dan Gambit Saifullah sebagai Drama Terbaik.



Loading...




Bahkan Aaron pada masa sama menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik, sementara Gambit diumum memenangi julukan Antagonis Drama Terbaik.


Sementara itu, aktres utama Risik Pada Hati iaitu Ummi Nazeera membuktikan impak lakonannya memegang watak isteri yang dimadukan melayakkannya menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik.


Bagi Pelakon Lelaki Popular pula, gelaran tersebut dimenangi Redza Rosli yang menerajui drama Bisik Bisik Gelora. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post