Penyanyi, Noryn Aziz memfailkan permohonan kebenaran rayuan untuk menggugurkan perintah nusyuz terhadap bekas suaminya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah di Mahkamah Rayuan Syariah di Kuala Terengganu, siang tadi.
Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Terengganu telah membenarkan perintah nusyuz difailkan Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu kira-kira lima tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK:Diminta Kongsi Tip Curang, Respons Matang Shuk Dipuji – “Maaf Bang, Saya Dah Pencen”
Panel Hakim Syarie diketuai Datuk Wan Mohd Zakri yang bersidang mendengar rayuan terbabit memerintahkan kedua-dua pihak melakukan rundingan di luar mahkamah.
Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd Aziz, 47, dan Raja Kamarul, 68, telah diberi masa sebelum bersepakat memaklumkannya kepada Mahkamah Rayuan Syarie.
Raja Kamarul yang diwakili peguam syarie, Zulkifli Yong hadir pada prosiding hari ini tanpa kehadiran Noryn dan diwakili peguam syarienya, Datuk Seri Amli Embong
Sebelum ini, Raja Kamarul telah memfailkan tuntutan nusyuz tersebut terhadap Noryn pada bulan Julai 2018 sebelum permohonan itu dibenarkan Mahkamah Rendah Syarie di Kuala Terengganu tidak lama kemudian.
Noryn mengahwini Raja Kamarul sebagai isteri kedua pada tahun 2010 dan dikurnia seorang anak, Raja Bariq Umar Shah, 9, sebelum berpisah pada hujung tahun 2018.
Noryn bagaimanapun telah berkahwin baharu dengan ahli perniagaan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman, 51, pada Oktober 2020. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment