Biarpun tulang mata kirinya retak baru-baru ini dan masih belum pulih sepenuhnya, aktres yang terkenal dengan komited kerjanya iaitu Fasha Sandha tetap hadir ke Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS).
Ketika ditemui di karpet merah TADS, Fasha akui keadaannya kini tidak berapa selesa ekoran masih terdapat darah beku di bahagian dalam matanya.
ARTIKEL MENARIK:Kamal Adli Alami Kecederaan Di Kepala Diserang Lelaki Tidak Dikenali Di Singapura
“Mata belum sembuh sepenuhnya. Tapi, saya datang sebab memenuhi undangan produksi. Sejujurnya, saya hanya jalankan komitmen.
“Kemungkinan saya akan jalani pembedahan sebab tulang dalam tu patah dan ada darah beku di dalam.
“Apapun, saya kena pastikan bengkak di muka surut dulu,” katanya.
Dalam pada itu, Fasha memaklumkan penglihatan sebelah mata kirinya terjejas dan turut memberi kesan lain seperti sakit kepala.
“Memang tak selesa langsung. Mata tak berapa nampak, tapi di sebelah kanan tidak ada masalah. Bila sakit mata, ia akan berjangkit ke kepala,” katanya.
Ditanya sama ada bila dia akan kembali menjalani penggambaran, Fasha berkata, dia perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
“Untuk penggambaran, saya kena dapatkan keizinan daripada doktor sama ada boleh atau untuk kembali bekerja,” ujarnya. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment