Seperti ramai sedia maklum, pelakon dan pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera sebelum ini juga pernah berdepan konflik rumah tangga.
Bagaimanapun, pelawak berusia 36 tahun itu kembali menjadi bualan netizen apabila dia menegaskan sudah tidak lagi curang selepas menjawab persoalan daripada pengikutnya di laman TikTok.
ARTIKEL MENARIK:Hafidz tiba di mahkamah hadapi pendakwaan cederakan isteri
Menerusi video itu, seorang lelaki meminta tip atau petua daripada Shuk mengenai cara-cara untuk curang.
Shuk dan isterinya ketika sama-sama mengerjakan umrah baru-baru ini.
“Shuk, ajar aku macam mana nak curang?” soalnya individu terbabit meminta tip.
Namun, respons Shuk dianggap sangat bersahaja dan penuh sopan dengan menolak permintaan itu secara baik.
“Bang, minta maaf bang… benda yang abang suruh ajar tu saya memang dah pencen, taubat ‘lahum’ dah.
(VIDEO)
“Tapi kalau abang tanya bagaimana cara nak bagi muka nampak flawless (licin), itu saya boleh ajar,” jawab Shuk spontan.
Lantas Shuk yang kini sedang rancak menjual Serum Saranghae terus menunjukkan teknik-teknik untuk menggunakan produk pembersih muka itu kepada penontonnya.
SHUK SAHAR
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji jawapan diberikan Shuk yang disifatkan matang dan positif tanpa mengeluarkan kata-kata kesat.
Dalam pada itu, ramai juga mendoakan agar urusan pelawak kelahiran Pulau Pinang itu berserta ahli keluarganya dipermudahkan dan berharap berjaya dalam perniagaan yang sedang dibangunkannya.
Shuk dan Serra bersama dua anak mereka.
Sekadar info, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan basil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Wurratu Ain, 6, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Bagaimanapun, pada November 2021, Sera memaklumkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk dan akan menerima keputusan mahkamah selepas pulang mengerjakan umrah. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment