Tindakan mengenakan caj parkir kenderaan dibahu jalan dengan harga ‘tidak masuk’ akal di Zoo Negara dikecam ramai.
Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok itu memperlihatkan dua orang warga asing mengenakan bayaran sehingga RM10 tersebut terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di sekitar bahu jalan kawasan berkenaan.
ARTIKEL MENARIK:Pengasas Kumpulan Zikir Asmaul Husna dipenjara setahun, denda RM3,000
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Anak Radzon itu meminta agar pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak Zoo Negara yang dikatakan mengenakan caj tersebut.
“Parkir tepi jalan, area Zoo Negara arahan daripada pihak Zoo Negara mohon Majlis (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) siasat,” katanya.
Rata-rata pengguna media sosial juga meminta agar pihak berkuasa tempatan melakukan siasatan terhadap isu berkenaan.
“Kena siasat, kadang-kadang warga tempatan yang suruh mereka. Pihak berwajib sila ambil perhatian,” kata Zalilah.
“Mana kotak parkir kalau nak caj pun?,” Yeron Yaziz.
“Saya dah kena nak tak nak kena bayar, kalau tak dia suruh keluar dari situ fikir nak bawa anak masuk zoo je, tapi terkejut parkir RM10, nak masuk zoo pun jauh,” ujar Tiey.
VIDEO:
Sumber : – KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit -two.e-kesah
Post a Comment