KUALA PILAH – Pengasas ajaran sesat Kumpulan Zikir Asmaul Husna dijatuhkan hukuman penjara selama setahun dan denda sebanyak RM3,000 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mengajar tanpa tauliah di sebuah kampung di daerah ini.
Bekas pensyarah itu juga dikehendaki menjalani hukuman enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.
ARTIKEL MENARIK:Bayi meninggal dunia, 'lemas' dihempap abang ketika tidur
Tertuduh, Dr. Wan Maseri Wan Mohd, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sabarudin Bidin.
Mengikut pertuduhan, pada 27 Februari (semalam) kira-kira pukul 9.45 pagi bertempat di Kampung Nuri, Balai Panjang Wp, di Johol telah didapati mengajar agama tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah di bawah Seksyen 118(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003.
Loading...
Tertuduh bagaimanapun membuat rayuan untuk menggugurkan hukuman penjara dan hanya dikenakan denda.
“Saya mohon rayuan agar digugurkan hukuman penjara dan bayaran dikurangkan sebanyak RM1,000. Itulah sekadar kemampuan saya,” kata tertuduh. – KOSMO! ONLINE
Kredit -
Post a Comment