TAK sampai tengah bulan, gaji pun dah habis. Macam tidak percaya, namun itulah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia.
Selain kos sara hidup yang semakin meningkat, mereka juga perlu berdepan dengan pelbagai komitmen setiap bulan.
ARTIKEL MENARIK:Bukan Dalam Zoo Negara Tapi Belah Luar, Terkejut Lelaki Ini Bila Diberitahu Berapa Dia Kena Bayar Untuk Parking Di Bahu Jalan
Menerusi satu perkongsian, seorang wanita mengalami tekanan kerana terlalu banyak komitmen bulanan.
“Sudah terjebak dengan macam-macam komitmen… stres! Nak adjust macam mana lagi guy, ada sebarang idea?” tulisnya menerusi satu hantaran di TikTok.
Perkongsian tersebut juga menunjukkan wanita berkenaan mendedahkan senarai komitmen bulanannya.
Berdasarkan senarai itu, komitmen terbesarnya adalah ansuran bulanan kereta Honda Civic RS sebanyak RM1,580, diikuti barang dapur (RM500), petrol (RM450), makan tengah hari (RM400).
Wanita berkenaan juga menyediakan sejumlah peruntukan, dipercayai untuk anaknya iaitu pengasuh (RM350) dan tadika (RM450).
Senarai komitmen bulanan seorang wanita.
Antara lain adalah bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejumlah RM169 setiap bulan, tol, dan bil-bil lain seperti telefon, elektrik dan air serta kad perubatan dan insurans takaful.
Ini termasuklah bayaran bulanan untuk penapis air (RM120), alat pembersih udara (RM90) dan pembuat ais (RM115).
Sebagai wanita, kecantikan dan penampilan turut dititikberatkan dengan nilai perbelanjaan bulanan merangkumi baju (RM200), tudung (RM100), alat solek (RM300), penjagaan kulit (RM500), suplemen (RM100) dan peralatan mandian (RM150).
Dalaman pada itu, dia turut mengasingkan sejumlah RM100 untuk diberi kepada ibunya.
Tanpa menyatakan jumlah gaji yang diterimanya setiap bulan, jumlah komitmen yang ditanggung wanita itu setiap bulan secara keseluruhan adalah RM7,082.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan situasi yang dihadapi wanita itu, yang menyifatkan perbelanjaannya terhadap kehendak dan gaya hidup terlalu banyak.
Antara komen netizen.
Paling tidak disangka-sangka adalah jumlah elaun yang diberikan kepada ibunya terlalu kecil iaitu hanya RM100, jika dibandingkan dengan perbelanjaan lain yang kurang penting.
“Back to basic, keperluan sahaja. Bil awak ni banyak pada gaya hidup dan kehendak.
“Mak RM100, tapi skincare (penjagaan kulit) sampai RM500.
“Banyak senarai kemahuan bukan keperluan. Jadi jangan mengeluh untuk kurangkan perbelanjaan. Kurangkan saja segala yang tidak perlu tu.
“Ice maker (alat pembuat ais) remove, baju tudung empat hingga lima bulan sekali pun masih boleh diterima, cuba lebih komitmen pada emak, insyaAllah murah rezeki.
“Banyak benda boleh remove. Lebihkan beri pada mak. InsyaAllah rezeki lancar dan cukup,” demikian antara komen netizen.
Perkongsian di TikTok itu meraih lebih 600,000 tontonan setakat ini.
Sumber : MSTAR ONLINE
Kredit -
Post a Comment