Hafiz Suip Akhirnya Respond Tentang Kehilangan Berat Badan Yg Ketara. Rupanya Ini Sebab Kenapa

Hafiz Suip Akhirnya Respond Tentang Kehilangan Berat Badan Yg Ketara. Rupanya Ini Sebab Kenapa

Penyanyi popular, Hafiz Suip menjadi tanda tanya dalam kalangan media dan peminat tentang kesihatannya apabila fizikalnya dilihat mengalami penyusutan berat badan sejak beberapa tahun lalu.



Hafiz Suip Akhirnya Respond Tentang Kehilangan Berat Badan Yg Ketara. Rupanya Ini Sebab Kenapa



Ketika disoal tentang penurunan berat badan adakah kerana masalah kesihatan, penyanyi berusia 33 tahun ini walau bagaimanapun, menolak dakwaan tersebut bahkan dia menyatakan bahawa dia kini masih lagi aktif bernyanyi dan mengakui sedang berada dalam keadaan yang sihat.

ARTIKEL MENARIK: [V] “Tak Kisahlah Di Mana, Janji Kami Dah Boleh Bersentuhan, Tak Kena Marah” – King Tom




Saya nyatakan disini bahawa saya sihat. Alhamdulillah, InsyaAllah dalam apa-apa pun sebenarnya kita kena percaya pada Allah.

Memetik laporan daripada Melodi, pelantun lagu Kisah Cinta Kita ini mengulas lanjut tentang penurunan berat badannya adalah kerana keinginannya sendiri.

Sebenarnya saya ok sahaja. Ramai yang bertanya tentang saya, adakah saya sihat?

Mengapa saya turun berat badan sebab ini adalah keinginan saya. Sudah tentu siapa yang tak mahu nampak elokkan? Jadi ini cara saya untuk mencantikkan diri.



Loading...


Melibatkan diri dalam berdakwah


Dalam pada itu, penyanyi dan bapa kepada dua orang anak ini juga pernah dikatakan aktif dalam berdakwah dan dia mengakui dia turut membahagikan antara kerjaya seni dan aktiviti berkaitan agama.

Apa yang boleh saya katakan adalah inilah apa yang saya buat. Kerja hakiki dan dakwah. Apa yang saya boleh katakan itu adalah kehidupan masing-masing.

Sumber: TV3MALAYSIA Official via Oh Bulan


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post