Besar Tapak Tangan Bila Buka Ingat Anak Cicak Sekali Rupanya Ini Isi Dalam Sotong Goreng Tepung

Besar Tapak Tangan Bila Buka Ingat Anak Cicak Sekali Rupanya Ini Isi Dalam Sotong Goreng Tepung

TENGOK saja sotong goreng celup tepung pasti terliur, terus terbayangkan keenakannya.

Besar Tapak Tangan Bila Buka Ingat Anak Cicak Sekali Rupanya Ini Isi Dalam Sotong Goreng Tepung



Tambah sedap apabila dimakan dengan sos istimewa ketika masih panas. Namun, hasrat seorang pelanggan yang mahu menikmati sotong goreng tepung terbantut apabila mendapati sesuatu yang tidak dijangka pada menu berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:Pengasas Kumpulan Zikir Asmaul Husna dipenjara setahun, denda RM3,000


Menerusi satu perkongsian yang tular, seorang individu memuat naik beberapa gambar hidangan itu.

1953489.jpg

Dua ekor sotong kecil yang dicucuk pada sebatang lidi.

Apa yang mengejutkan apabila saiz sotong yang dicucuk pada sebatang lidi adalah terlalu kecil sebaik bahagian tepung yang digoreng itu dibuka.

Jika diteliti sotong itu hampir menyamai saiz jari kelingking orang dewasa.

“Kepada penjual, tolonglah jangan prank (bergurau) pembeli macam ni. Balik rumah, buka plastik terus menangis,” tulis pelanggan menyuarakan kekecewaannya di Facebook.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan saiz sotong yang terlalu kecil berbanding tepung.

1953493.jpg

Seorang pelanggan menyuarakan kekecewaannya.

Malah, ada yang menyamakan sotong kecil itu dengan anak cicak.



Loading...


Selain itu mereka turut kesal kerana peniaga hanya memikirkan keuntungan semata-mata, tanpa mengambil kira kualiti makanan yang dijual.

“Ku fikir ulat apa lah tadi. Zoom rapat baru perasan sotong. Halus betul sotongnya.

“Laaa… aku ingat anak cicak tadi. Kepala anak sotong rupanya.

1954719.jpg

Antara komen netizen.

“Sotongnya halus je. Tepungnya kemain banyak. Sabar je la dengan manusia begini. Orang berniaga, dia pun nak berniaga juga tapi aniaya orang lain.

“Tak baiknya buat macam ni kat pelanggan, orang beli pakai duit,” demikian antara komen netizen.

Selain itu, terdapat netizen yang membandingkan saiz sotong berkenaan dengan gelang yang dipakai pembeli tersebut menerusi foto yang dikongsikan.

“Besar lagi gelang dia,” komen netizen.

Pelanggan itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi gerai dan bila dia membeli sotong goreng celup tepung tersebut

Sumber : MSTAR ONLINE


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post