“Saya okey, tak ada apa sebenarnya. Alhamdulillah.” Itu jawapan ringkas bekas pelakon, Zul Yahya, 50, menerusi kiriman WhatsApp berhubung keadaannya sekali gus menafikan dakwaan mengatakan dia berdepan masalah dan perlu dibantu seperti dalam video dimuat naik pemilik akaun Tik Tok, @zackpulaumutiara8.
Bagaimanapun, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Yahya tidak mengulas mengenai dakwaan dia dikatakan keluar berjalan dari jam 4 pagi hingga 8.30 pagi dan tidak pulang-pulang.
ARTIKEL MENARIK:Zul Yahya Didakwa Ada Masalah Keluarga, Jalan Sendirian Dari 4 Pagi
Zul yang cuba dihubungi Harian Metro menerusi panggilan telefon dan kiriman mesej di WhatsApp sejak semalam bertindak berdiam diri sekali gus menimbulkan tanda tanya.
Cuma, pada 2 pagi hari ini, Zul muncul dalam siaran langsungnya di TikTok yang difahamkan berdiskusi dengan seorang tokoh agama.
Malah, kebanyakan pelayar yang menyaksikan kemunculan Zul di platform media sosial itu memaklumkan dia nampak sihat serta tiada apa yang pelik cuba ditunjukkannya.
“Okey saja tengok dia. Kelihatan baik-baik. Tak nampak ada masalah pun,” tulis seorang pelayar lagi.
“Biasalah cari ketenangan berjalan. Dia cakap yang Allah beri peringatan. Semua okay je,” komen seorang pelayar Tik Tok yang mengikuti siaran langsung itu.
KOMEN ISTERI ZUL YAHYA
memetik laporan dari Mstar yang berjaya menghubungi isteri Zul Yahya iaitu, Siti Raihan Mohd Rodzi, Zul Yahya berada dalam keadaan baik dan ada di rumah.
Ujar Raihan lagi, rumah tangga mereka juga tidak mempunyai masalah dan menafikan dakwaan yang dibuat pengguna TikTok tempoh hari.
“Dia okay sahaja, sekarang ada di rumah… tiada apa-apa,“
“InsyaAllah, hubungan kami tiada apa,” ujarnya.
Tambahnya lagi, suaminya berjalan kaki pada waktu tersebut mungkin sekadar ingin menenangkan diri dan tidak ada apa-apa pun yang berlaku.
Mengenai video itu, tak ada apa. Dia sahaja ambil masa sendiri untuk tenangkan diri dia,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro menerusi hantaran video dibuat pemilik akaun Tik Tok, @zackpulaumutiara8 melaporkan Zul dikatakan berhadapan masalah dan memerlukan bantuan selepas berjalan kaki dari 4 pagi hingga 8.30 pagi.
Untuk rekod, Zul Yahya atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya telah mendirikan rumah tangga dengan isteri tercinta pada tahun 2007 dan dikurniakan 7 orang anak.
Ketika ini, dia dan keluarga mengusahakan kedai makan steamboat yang terletak di Ipoh, Perak.
Sumber : HMETRO ONLINE / MSTAR via OMM
Kredit -
Post a Comment