Pelakon Alicia Amin Sahkan Sudah Bercerai Selepas Setahun Berkahwin. Ini Komen Alicia Amin Tentang Apa Berlaku

Pelakon Alicia Amin Sahkan Sudah Bercerai Selepas Setahun Berkahwin. Ini Komen Alicia Amin Tentang Apa Berlaku

Baru setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan model jelita, Alicia Amin mengecahkan sudah bercerai dengan suaminya, Farzan Iqbal, 29.

Pelakon Alicia Amin Sahkan Sudah Bercerai Selepas Setahun Berkahwin. Ini Komen Alicia Amin Tentang Apa Berlaku



Alicia ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi berkata, perceraian mereka berlaku secara baik dan bukan disebabkan kecurangan atau gangguan pihak ketiga.

ARTIKEL MENARIK:Ini Jawapan Ringkas Zul Yahya Selepas Dia Berjalan Kaki Seorang Diri Berejam Lamanya Sehingga Ada Yg Kata Dia Ada Masalah Keluarga


“Betul, kami dah bercerai secara baik. Kami pergi mahkamah sama-sama dan dia lepaskan saya dengan talak satu.

“Selepas hidup bersama sebagai suami isteri lebih kurang setahun, kami lebih mengenali diri masing-masing dan selepas perbincangan (untuk bercerai), kami putuskan bahawa lebih selesa sebagai kawan sahaja, bukan pasangan suami isteri,” kata pelakon berusia 28 tahun itu.

Dedah Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin, lafaz cerai dilakukan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, hubungan mereka memang sudah lama retak menanti belah dan akhirnya tiada apa lagi yang boleh diselamatkan.

ALICIA-AMIN-SAH-CERAI.jpg

“Kami masing-masing dah dewasa. Kami kahwin cara baik dan berpisah pun cara baik.

“Saya masih sayangkan Farzan dan dia seorang lelaki yang baik tetapi, jodoh sampai sini sahaja. Saya tak nak buruk-burukan bekas suami kerana itu bukan cara saya.


Loading...


“Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dia selalu di klinik sebab kerja sampai lewat malam sebagai doktor, saya pula selalu ke sini ke mari disebabkan kerja sebagai pelakon dan model.

“Saya berada di Bali, Indonesia selama lebih kurang sebulan baru-baru ini, dan lepas balik, memang dah fikir habis bahawa sampai di sini sahaja jodoh kami. Dia dah keluar dari rumah cara baik dan saya doakan yang terbaik buat Farzan,” ujar pelakon drama The Bridge itu.

Terdahulu, Alicia berkahwin dengan Farzan, seorang doktor perubatan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada Februari tahun lalu.

Setahun berkahwin, mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post