Akhirnya Polis Dpt Jumpa Pemandu Yg ‘Bangga’ Letak Vest Polis Untuk Parking Merata. Rupanya Ini Kisah Sebenar

Akhirnya Polis Dpt Jumpa Pemandu Yg ‘Bangga’ Letak Vest Polis Untuk Parking Merata. Rupanya Ini Kisah Sebenar

Kereta Proton Saga yang menghalang lalu lintas di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo) di sini yang tular di Twitter sejak semalam, didapati dipandu ahli keluarga seorang anggota polis tanpa lesen memandu.

Akhirnya Polis Dpt Jumpa Pemandu Yg ‘Bangga’ Letak Vest Polis Untuk Parking Merata. Rupanya Ini Kisah Sebenar



Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata susulan itu tiga saman dikeluarkan berhubung isu terbabit selepas perakam gambar kereta itu tampil membantu polis hari ini.

ARTIKEL MENARIK:Tak mampu beli hadiah mahal, bapa tinggal sebungkus roti coklat… Paling sebak baca nota tulisan tangan ucapan hari lahir


Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 6.29 petang Sabtu lalu membabitkan kereta itu yang dimiliki seorang anggota polis bertugas di Batu Gajah.

Beliau berkata, bagaimanapun ketika kejadian kereta itu dipandu seorang ahli keluarga anggota terbabit dengan baju vest polis yang diletakkan di atas papan pemuka (dashboard) kenderaan itu ketika ia diletakkan hingga menghalang lalu lintas seperti gambar tular.

“Susulan itu, tiga saman trafik (Pol.257) dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kereta itu, iaitu pertama kepada pemandunya kerana kesalahan halangan lalu lintas iaitu mengikut Kaedah 16(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Saman kedua dikeluarkan kepada pemandu mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen yang sah, manakala saman ketiga dikeluarkan mengikut seksyen dan akta sama terhadap pemilik kereta kerana membenarkan seseorang tanpa lesen memandu kenderaannya,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Yahaya berkata, selain itu pihaknya memaklumkan siasatan kes terbabit kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk siasatan sudut tatatertib terhadap pemilik kereta yang juga anggota polis dengan siasatan berhubungnya masih diteruskan.



Loading...


Malam tadi, media melaporkan polis sedang mengesan individu yang merakam gambar sebuah Proton Saga dipercayai milik polis yang menghalang lalu lintas dengan cara parkir berlapis (double park) di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini sebagaimana hantaran tular di laman Twitter.

Menerusi hantaran gambar itu, Proton Saga warna hitam terbabit dikatakan parkir secara berlapis hingga menghalang lalu lintas dengan sehelai vest tertera tulisan “POLIS” diletakkan di atas dashboard tanpa turut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Sumber : BHARIAN ONLINE


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post