Wanita Ini Harapkan Jejaka Kacak Dari Turki Yg Akan Duduk Sebelah Dia Tapi Yg Sampai Buat Kawan Kawan Dia Semua Ketawa

Wanita Ini Harapkan Jejaka Kacak Dari Turki Yg Akan Duduk Sebelah Dia Tapi Yg Sampai Buat Kawan Kawan Dia Semua Ketawa

Apa yang seronok kalau bercuti dengan orang yang kita rapat adalah melihat kerenah rakan dan gelagat mereka. Ada kalanya sampai tak kering gusi, seperti telatah seorang wanita yang dikenali sebagai Maksom menerusi video TikTok @zarolzarif ini.

Wanita Ini Harapkan Jejaka Kacak Dari Turki Yg Akan Duduk Sebelah Dia Tapi Yg Sampai Buat Kawan Kawan Dia Semua Ketawa



VIDEO BERADA DI BAWAH ARTIKEL

Berdasarkan perkongsiannya di TikTok, Zarol dan rakan-rakannya dilihat sedang bercuti di Turkiye dan mereka berseronok melakukan pelbagai aktiviti di sana. Namun antara perkara yang mencuit hati adalah melihat gelagat rakan wanitanya berjumpa dengan orang-orang Turkiye yang tampan belaka.


ARTIKEL MENARIK:Akhirnya Polis Dpt Jumpa Pemandu Yg ‘Bangga’ Letak Vest Polis Untuk Parking Merata. Rupanya Ini Kisah Sebenar


Bagaimanapun, ada satu video yang benar-benar mencuit hati netizen sehingga meraih 1.6 juta tontonan dalam masa sehari ia dimuat naik. Video tersebut menunjukkan situasi mereka ketika berada di dalam kapal terbang.

Menurut Zarol, kesemua rakan-rakannya yang lain sudah menemui ‘jodoh’ masing-masing sepanjang mereka di Turkiye sana, jadi tibalah giliran wanita yang dikenali sebagai Maksom ini untuk ‘test market’.

Tunggu Lama Kot, Takkan Jodoh Aku Anj!ng” – Kesian Maksom Mengharapkn Jodoh Lelaki Turkey, Tapi Ini Yg Maksom Dapat… – Sinar Viral

Semasa mereka duduk di dalam kapal, dilihat penumpang lain masing-masing mencari tempat duduk mereka dan kelihatan ramai jejaka dari Turkiye yang melepasi tempat mereka di mana rakan-rakan Maksom ini mengagak seat sebelah rakannya yang kosong itu akan diduduki seorang lelaki kacak dari Turkiye.


Loading...


Bagaimanapun, malangnya tempat duduk tersebut rupanya milik seorang wanita yang membawa seekor anjing peliharaan. Melihat reaksi Maksom yang kecewa, ia telah mencuit hati netizen yang menonton video tersebut.

VIDEO:

Ramai netizen yang ‘bersimpati’ dengan nasib Maksom dan merasakan insiden yang menimpa wanita itu sangat kelakar.

“Kesian Makson” – Netizen


Sumber : LobakMerah


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post