INSAN bergelar bapa umpama ‘super hero’ dan merupakan lelaki pertama di hati setiap wanita.
Di mata anak-anak dia merupakan insan kuat yang tidak pernah kenal erti penat dalam membesarkan dan membahagiakan kita.
ARTIKEL MENARIK:Angkut Batu -Bata Dari Rumah Untuk Bina Kubur Ayah. Kanak-Kanak Ini Menangis Takut Kubur Ayah Hilang Dihanyutkan Banjir
Namun tanpa kita sedari, bapa adalah insan yang banyak memendam rasa penat, kecewa, sedih dan sebagainya sekiranya tidak mampu menjadi yang terbaik di mata anak-anak.
Seperti kisah yang berlaku terhadap gadis ini, dia menangis terharu tatkala menerima hadiah sebungkus roti daripada bapanya sempena hari ulang tahun kelahiran, baru-baru ini.
Bukan kerana nilai roti coklat berkenaan, namun gadis yang menggunakan akaun @syashawtyy di TikTok itu menangis terharu kerana bapanya tetap berusaha untuk memberikan sesuatu mengikut kemampuannya.
Lebih mengundang sebak ialah sekeping nota ringkas tulisan tangan terhadap anak gadisnya itu.
Gadis ini menunjukkan nota daripada bapanya.
“Selamat ulang tahun! Ayah cuma cukup (mampu) belikan ini. Dimakan dik, kalau ada rezeki ayah belikan yang mahal ya.
“Ayah pulang malam nanti, jaga adik!”, demikian tulisan si bapa mengiringi hadiah sebungkus roti coklat untuk anaknya itu.
Berdasarkan bahasa yang digunakan, difahamkan kisah dua beranak ini berlaku di negara seberang, Indonesia namun turut tular dalam kalangan pengguna TikTok di Malaysia.
Meninjau di ruangan komen, ramai menyifatkan gadis berkenaan sangat bertuah kerana memiliki seorang bapa yang sangat prihatin dan penyayang terhadapnya.
Kata mereka, memiliki bapa yang mengingati tarikh hari lahir seorang anak dan berusaha untuk menghadiahkan sesuatu merupakan satu anugerah terindah.
“Ini adalah sangat mahal kerana tak semua anak dapat benda (momen) ini.
Komen netizen di TikTok.
“Ini sudah cukup untuk menitiskan air mata lelaki!
“Kalau aku, aku peluk roti tu!,” komen warga maya pada video yang meraih lebih 1.4 juga jumlah tontonan tersebut.
Sumber : MSTAR ONLINE
Kredit -
Post a Comment