Isteri Hafidz Roshdi Tidak Berdiam Diri Dan Balas Balik Kenyataan Hafidz. Dia Dedahkan Hubungan ‘Sebenar’ Hafidz Dan Skandal

Isteri Hafidz Roshdi Tidak Berdiam Diri Dan Balas Balik Kenyataan Hafidz. Dia Dedahkan Hubungan ‘Sebenar’ Hafidz Dan Skandal

ISTERI kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak akan mengulas setiap dakwaan menerusi surat terbuka terhadapnya termasuk tuntutan memohon maaf dalam tempoh 48 jam.

Isteri Hafidz Roshdi Tidak Berdiam Diri Dan Balas Balik Kenyataan Hafidz. Dia Dedahkan Hubungan ‘Sebenar’ Hafidz Dan Skandal



Shuhada, 29, sebaliknya memberitahu dia akan menyerahkan segala tindakan selepas ini dibuat melalui saluran undang-undang selepas mendapat nasihat daripada peguam.

ARTIKEL MENARIK:Bella Astillah Sebak Bila Isteri Hafidz Roshdi Menangis Depan Dia


Bagaimanapun Shuhada mengakui, kenyataan yang dimuat naik di media sosial sebelum ini tanpa mengetahui tentang kedudukan undang-undang.

“Setelah berlaku insiden pada 2 Mac lalu yang kini masih dalam siasatan polis, saya telah mendapatkan nasihat undang-undang dan atas nasihat peguam, saya tidak akan mengupas lanjut tentang kenyataannya satu persatu.

“Segala tindakan selepas ini akan melalui saluran undang-undang termasuklah tuntutan sivil,” katanya.

f387624df552cea2f369918c5e1e12bc-11.jpg

Shuhada berkongsi perkara itu menerusi kenyataan balas secara terbuka buat Hafdiz menerusi Instagram miliknya pada petang Sabtu.

Sebelum ini, Hafidz menuntut Shuhada membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam serta menarik balik kenyataan menuduh adiknya bersubahat selain menggelar keluarganya sebagai toksik.

Hafidz berkata, jika Shuhada gagal berbuat demikian dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya itu kerana telah melibatkan maruah dan privasi keluarganya terganggu.

Dalam pada itu, Shuhada berkata, tidak mudah baginya berada dalam situasi tersebut apatah lagi diuji dengan dugaan berat serta mengubah kehidupannya bersama anak-anak.

Disebabkan itu juga dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berdiam diri selain terasa diri dikhianati dan apa yang berlaku di luar pengetahuannya.


Loading...


Ini termasuklah apabila dia mendapat tahu keluarga mentuanya mengizinkan Hafidz berkahwin tetapi tanpa pengetahuannya.

shu1 - 1

Kenyataan balas daripada Shuhada.

“Baru-baru ini, saya telah diuji dengan ujian yang sanagt berat. Ujian yang bukan mudah untuk kami wanita hadapi. Ujian yang bakal mengubah kehidupan saya dan anak-anak.

“Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya.

Tetapi, dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan dia berkahwin tanpa izin saya,” jelasnya.


Menerusi kenyataan balas terbuka itu, Shuhada bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan aktor berkenaan bahawa setiap perkahwinan mempunyai kelemahan masing-masing.

Jelasnya, dia sudah sedaya upaya menjadi seorang isteri yang terbaik malah sanggup mengorbankan cita-citanya demi memberi sepenuh perhatian kepada rumah tangga mereka.

“Sejak mula berkahwin, saya telah melupakan masa depan saya untuk sambung belajar walaupun peluang telah diberikan.

Saya memutuskan untuk memberi perhatian menjadi isteri dan ibu sepenuh masa.

“Menjadi isteri Hafidz yang sentiasa menyokongnya dalam karier walaupun perkahwinan kami diuji dengan pelbagai ujian,” ujarnya.

Dalam kenyataan itu, Shuhada turut mendedahkan dia sudah memberi peluang dan cuba berbincang namun semuanya tidak berlaku seperti yang diingini.

shu3 - 1

Malah kata Shuhada, apa sahaja yang dilakukan Hafidz sudah tidak lagi dapat memadamkan bekas yang telah ditinggalkan kepada dirinya.

“Saya cuba memberi peluang dan cuba berbincang dan saya mendapat tahu tentang sesuatu yang sebagai seorang wanita, saya tidak kuat untuk hadapinya.

“Saya dikasari dan dikhianati sehingga berbekas di hati dan secara fizikalnya. Hanya kerana saya seorang wanita, mudahnya untuk disakiti hati dan fizikal saya.

Apa sahaja versi Hafidz tidak dapat memadamkan bekas yang telah dia tinggalkan dalam kehidupan saya,” katanya.

Pada 5 Mac lalu, Shuhada memberi bayangan sikap suaminya turut mendapat sokongan daripada ahli keluarga mentuanya termasuk adik ipar yang didakwa bersubahat dalam kejadian menimpanya.

Sebelum itu, aktor berkenaan didakwa menumbuk tiga kali di bahagian kiri wajah Shuhada selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di sebuah lokasi berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Selangor sekitar pukul 6 pagi pada 2 Mac lalu.


Ekoran kejadian itu, Hafidz bakal didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan pada Isnin ini.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari 2023.

Kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini.

 

Sumber : MSTAR ONLINE


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post