Bayi meninggal dunia, 'lemas' dihempap abang ketika tidur

Bayi meninggal dunia, 'lemas' dihempap abang ketika tidur

Alor Gajah: "Ujian saya ini sikit saja, berbanding dengan orang lain yang turut diuji kehilangan ahli keluarga tercinta," luah Meor Syazalee Sha @ Meor Sha, 38.

Bayi meninggal dunia, 'lemas' dihempap abang ketika tidur



Meor Syazalee adalah bapa kepada bayi, Maryam Sofea berusia dua bulan yang meninggal dunia dipercayai 'lemas' akibat dihempap abangnya berusia lima tahun ketika tidur di rumah mereka di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah di sini, awal pagi semalam.

ARTIKEL MENARIK:Ismail Sabri terus lantang pengeluaran KWSP


Pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara Masjid Tanah itu berkata, dia dan isteri reda dengan kejadian tidak disangka-sangka itu, namun enggan bercerita lanjut kerana masih bersedih.

"Ini semua ketentuan Allah, saya dan isteri hanya mampu beristighfar saja.

"Memang sedih...nak kata tunggu anak perempuan tidaklah, tapi selepas dapat tiga anak lelaki dan dapat pula anak bongsu perempuan, syukur, " katanya ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Alor Gajah.

Mengulas lanjut katanya, ketika kejadian, satu-satunya anak perempuan itu tidur bersama isterinya dalam bilik manakala tiga lagi anak lelakinya berusia 9, 6 dan lima tahun tidur di bilik berasingan.

Katanya, isterinya hanya menyedari bayi mereka tidak sedarkan diri pada awal pagi semalam selepas mendapati Maryam tidak bergerak sebelum menyedari anak lelaki berusia lima tahun tidur di sebelah bayi.



Loading...


"Selepas mendapati bayi tidak bergerak, kami segera membawanya ke hospital sebelum disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan selepas menerima laporan bedah siasat.

Sementara itu, di Unit Forensik Hospital Alor Gajah setakat jam 12 tengah hari ini, ahli keluarga sedang menunggu proses bedah siasat selesai sebelum jenazah dijangka dikebumikan di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah.


Kredit -hmetro



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post