Dah Nak Habis Sebungkus Nasi Lemak Baru Nampak. Tunjuk Kat Penjual Dan Dia Pun Terkejut

Dah Nak Habis Sebungkus Nasi Lemak Baru Nampak. Tunjuk Kat Penjual Dan Dia Pun Terkejut

BAYANGKAN perut sudah kenyang selepas menjamah hidangan, namun tiba-tiba mata anda tertangkap satu bendasing pada pembungkus makanan tersebut.

Dah Nak Habis Sebungkus Nasi Lemak Baru Nampak. Tunjuk Kat Penjual Dan Dia Pun Terkejut



Sudah pasti secara automatik, tekak serta-merta terasa loya dan ingin memuntahkan kembali makanan yang dijamah sebentar tadi.

ARTIKEL MENARIK:Bibik Lari Dari Rumah Tinggal Anak Jagaan, Rupanya Sebelum Bibik Ini Lari, Isteri Fad Bocey Ada Tegur Benda Ini


Begitulah pengalaman menjijikkan yang dilalui seorang wanita apabila dia menyedari kewujudan bendasing disyaki telur haiwan pada daung pisang yang membaluti nasi lemaknya.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, kelihatan beberapa biji telur bersaiz kecil seperti biji sagu yang tersusun pada daun pisang.

“My mom (ibu saya) kata itu telur katak tapi my partner (pasangan) nak sedapkan hati, dia cakap itu biji selasih. Saya tak mahu lagi makan nasi lemak bungkus daun pisang,” tulisnya pada perkongsian video berkenaan.

Tambah wanita berkenaan, dia hanya menyedari kehadiran telur berkenaan selepas menghabiskan sebungkus nasi lemak.

nasi lemak 2

Wanita berkenaan menyedari kehadiran telur haiwan pada daun pisang selepas menghabiskan sebungkus nasi lemaknya.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan mengapa wanita tersebut tidak membuat aduan kepada pemilik kedai, dan bukannya sekadar menularkan di media sosial.

“Kenapa tak bagi terus dekat tauke kedai, complaint (buat aduan) dekat dia?” demikian soal mereka.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan netizen, wanita berkenaan menjelaskan situasi sebenar menerusi video yang dimuat naik secara berasingan.

“Sebenarnya saya bagitahu, selepas saya makan tu baru ternampak benda tu. Saya curious la apa benda?

Jadi saya tangkap gambar dan hantar kepada ibu dulu sebelum nak rekod sebab saya takut itu sebenarnya makanan.

“Dan ibu saya cakap itu telur katak! Saya macam… biar betul? Mestilah saya takut.

“Kemudian gambar yang saya tangkap tu, terus saya bagi dekat kaunter,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut, wanita berkenaan berkata, pekerja restoran yang berada di kaunter ketika itu juga turut sama terkejut apabila melihat gambar telur yang sempat dirakamkannya.


Loading...


“Dia macam terkejutlah dan siap istighfar. Dia tanya sama ada saya mahukan apa-apa sebagai ganti rugi. Saya cakaplah nak refund. Tapi dia kata tak boleh, maksud dia kena ganti dengan makanan lain.

“Sebab dah dapat makanan macam tu, sudah tentulah saya tak nak makanan daripada restoran itu lagi.

Tapi tak apalah, saya cakap nak sandwich telur. Nasi lemak yang lagi sebungkus tu, saya tinggal je atas meja,” ujarnya sambil menambah, restoran berkenaan terletak di ibu kota.

Tidak berniat mahu memburukkan restoran berkenaan, wanita tersebut berkata dia sekadar mahu menekankan aspek kebersihan yang sepatutnya dititikberatkan oleh setiap premis makanan.

komen

Antara komen netizen terhadap perkongsian video wanita berkenaan.

“Kedai mahal, sepatutnya service dia gempak, kebersihan terjaga. Tak sangka pula jadi macam tu. Yang ingat saya tak complaint, jangan risau, saya complaint,” ujarnya lagi.

Menjengah ruangan komen, ada di antara netizen yang tampil menjelaskan telur pada daun pisang tersebut bukanlah telur katak sebaliknya telur ular daun pisang.

“Mesti dia tak lap daun pisang tu.

“Anggap sajalah itu zat tambahan.

Rare betul makan nasi lemak dengan selasih,” demikian antara komen netizen.

Sementara itu carian mStar mendapati, video berkenaan sudah dipadamkan oleh pemiliknya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post