Ini Keadaan Isteri Hafidz Roshdi Selepas Diceraikan Dengan Talak Satu

Ini Keadaan Isteri Hafidz Roshdi Selepas Diceraikan Dengan Talak Satu

TENANG menerima takdir diceraikan talak satu, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri bersyukur apabila kemelut rumah tangga mereka menemui jalan penyelesaian meskipun berakhir dengan perpisahan.

Ini Keadaan Isteri Hafidz Roshdi Selepas Diceraikan Dengan Talak Satu



Berkongsi situasi terkini Shuhada, adik perempuannya yang mahu dikenali sebagai Sofia, 25, berkata kakaknya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan dilihat kuat untuk berdepan ujian tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Bibik Lari Dari Rumah Tinggal Anak Jagaan, Rupanya Sebelum Bibik Ini Lari, Isteri Fad Bocey Ada Tegur Benda Ini


“Shuhada dalam keadaan stabil dan dia terima perpisahan itu dengan hati terbuka. Dia tidak sedih atau menangis. Bagi pihaknya, dia menerima takdir Ilahi dan bersyukur terhadap apa yang terjadi sehingga membawa kepada perpisahan.

hafidz 2

Hafidz bersama dua orang anaknya.

“Sekarang dia sudah boleh move on dan tidak lagi terkongkong dengan suami. Dia okey sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Terdahulu, Sofia mengesahkan Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada pada Rabu melalui panggilan telefon.

Keputusan untuk berpisah itu dicapai atas persetujuan bersama kedua-dua belah pihak selepas kemelut rumah tangga mereka berlarutan dan dikaitkan penglibatan orang ketiga.

“Perkara ini (cerai) melibatkan isu kepercayaan dalam hubungan. Apabila sampai satu tahap yang melampaui batas ia mungkin tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka sama-sama berbincang sebelum ini dan bercerai adalah keputusan terbaik.

“Saya melihat sendiri pengorbanan kakak berhadapan dengan isu rumah tangga mereka… bagi pihak kakak, saya juga bersyukur isu ini selesai dan semoga kebahagiaan lebih baik untuk Shuhada dan anak-anak.

Kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada mula menjadi perhatian ramai selepas pelakon itu dikatakan curang dan mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Menerusi temubual bersama mStar pada 2 Februari lalu, Hafidz menafikan semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan memberitahu dia enggan terlalu berkongsi kisah isterinya di laman sosial.



Loading...



shuhada 2

Athira (kanan) didakwa menjadikan orang ketiga dalam hubungan Hafidz dan Shuhada.

Ketika isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan, muncul seorang wanita bernama Athira Yuhada mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya.

Selepas teruk dikecam, Athira menerusi satu perkongsian di Instagram membuat permohonan maaf kepada Shuhada serta anak-anak.

Sumber : MSTAR ONLINE


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post