KECOH di media sosial mengenai nasib malang menimpa sekumpulan pelanggan yang dimaki oleh seorang peniaga di sebuah restoran popular di Melaka.
Digelar ‘makcik puaka’, tindakannya memperlekehkan pelanggan yang sedang makan bersama keluarga turut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
ARTIKEL MENARIK:Pemilik Restoran 35 Jawab Dakwaan Pelanggan, Telur Dadar, Nasi RM240
Berkongsi pengalaman kepada mStar, pelanggan berkenaan, Rosmarliana Rosli berkata, kejadian berlaku pada petang Rabu lalu di sebuah restoran di Bandar Hilir.
Wanita berusia 37 tahun itu tampil menjelaskan bahawa kunjungannya ke restoran tersebut bukan pertama kali kerana pernah menikmati hidangan di sana beberapa kali sebelum ini.
“Saya orang Melaka, jadi pernah datang ke restoran tu beberapa kali. Tapi saya hanya datang dengan kawan-kawan. Ini pertama kali saya bawa saudara-mara dari Singapura.
“Sebelum ni bila saya datang dengan kawan-kawan okay je tiada masalah, tak sangka pula ada isu masa datang bersama keluarga beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi mStar.
Liyana membawa saudara-maranya dari Singapura untuk menikmati hidangan di restoran.
Lebih mesra disapa Liyana, dia mendakwa kunjungannya bersama 10 yang lain termasuk ibu, bapa saudara dan ibu saudaranya ke restoran berkenaan kira-kira pukul 2 petang.
“Masa tu masih lagi waktu tengah hari. Jadi, saya tanya makanan apa yang ada dan bila tengok masih ada lauk, kami pun order untuk sekeluarga makan.
“Tapi ‘makcik puaka’ tu bising masa kami tengah makan. Kalau makanan dah habis, boleh je cakap baik-baik dan kami boleh pergi ke restoran lain,” ujarnya yang berasal dari Ayer Molek, Melaka.
Menurutnya lagi, keluarganya bukan sahaja dimaki dan dicaci, malah dimalukan di hadapan pelanggan-pelanggan lain.
“Saya malu depan saudara-mara dari
Singapura. Dalam restoran pula ada pelanggan lain yang tengok kami dim4ki,” tambahnya.
Restoran popular di Melaka kembali hangat diperkatakan.
Walau apa jua keadaan, Liyana yang merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata lelaki itu menegaskan bahawa adalah tidak wajar pelanggan diberi layanan buruk.
“Paling saya kesal apabila dia hina guna ayat ‘mak bapa’. Kalau orang kata makcik tu cakap kasar sebab dia orang Melaka, saya dan ibu pun orang Melaka… orang Melaka baik-baik.
“Famili saya pun berniaga bertahun-tahun, kami layan pelanggan dengan baik. Tak kira orang Melaka atau orang luar, peniaga jangan bermusuh dengan pelanggan,” katanya.
Mengenai harga makanan, usahawan kosmetik itu mengakui caj yang dikenakan sebanyak RM240 adalah tidak berbaloi tetapi tetap membayarnya kerana enggan merumitkan keadaan.
Beberapa lauk yang dipesan pelanggan sekeluarga.
Menyedari restoran berkenaan pernah tular dengan insiden pelanggan dihalau, Liyana sama sekali tidak menyangka kejadian malang seumpama itu turut menimpa keluarganya.
“Sebelum ni tak pernah kena walaupun orang banyak cakap tentang makcik tu. Tak sangka saya kena seteruk ini.
Orang banyak cakap tentang makcik tu. Tak sangka saya kena seteruk ini.
“Memang serik nak datang makan di restoran tu lagi. Bukan setakat tak nak datang makan, nak lalu depan kedai makan tu pun dah tak mahu dah,” katanya.
Sementara itu, mStar telah menghubungi pihak restoran bagi mendapatkan maklum balas berhubung isu yang tular.
Antara lauk yang turut dipesan pelanggan terbabit.
Terdahulu, perkongsian Liyana di laman sosial mengenai layanan buruk di restoran tersebut menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Selain harga makanan yang didakwa mahal, peniaga wanita dipercayai pemilik restoran tersebut turut melemparkan kata-kata makian dan cacian terhadap Liyana sekeluarga.
Pada September 2020, restoran sama pernah menjadi perhatian gara-gara seorang usahawan wanita yang juga influencer didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di premis itu.
Menerusi video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang influencer tersebut mempromosikan produk kecantikan mereka di restoran mereka, sehingga memaksa wanita itu bertindak meninggalkan premis tersebut.
Orang Melaka bangga konon bahasa dia orang lah paling kasar tapi hakikat nampak macam orang bodoh je kalau guna bahasa kasar tambah-tambah orang tua nampak lagi bangang.
Sebelum ni aku suka makan kat sini, hari ni aku teringin nak bawa family aku dari singapore makan kat sini. pic.twitter.com/MDsLZLLogy
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) June 9, 2022
Luah wanita berkenaan, dia sebelumnya ini gemar datang ke restoran tersebut dan kali ini dia membawa keluarganya datang untuk menikmati hidangan di situ. Malangnya, layanan yang diberikan sangat mengejutkan mereka sekeluarga.
“Sedih tau, kita datang nak hantar duit kat orang, tapi layanan yang macam mana mereka balas ni? Family aku datang pukul dua petang, datang tengok lauk kat cermin normal la customer. And tanya lauk ni je yang tinggal kak? Akak kat cermin tu jawab ha ye,” katanya.
“Kau datang dah pukul berapa kalau ada gajah, gajah pun habis,” kata pemilik kedai itu yang membuatkan wanita ini terkilan.
“Aku ni jiran atau anak-anak buah kau ke kau sound macam tu? Tapi aku ni fikir orang tua hidup pun dah tak lama malas layan, masih lagi order and terus makan sebab aku dah lapar sangat. Kalau betul tak bagi kami makan kat sini, dengan secara warasnya sebagai manusia cakap dengan baik, ‘Maaf dik dh tutup’ atau, ‘Kami tak terima pelangan lagi, maaf’.
“Dari aku masuk sampailah dah bayar dan balik, perkataan maaf langsung tak ada. Sebelum ni dengar viral pasal makcik tu punya mulut, tak kena kat muka kita memang kita ok je, tapi bila dah kena baru tahu. Sakit s***l! Tak salah pun kena halau, kene maki ke s***!! Ni manusia ke apa?
“Dah order, tengah santai menghayati lauk-lauk kat depan mata aku tu, masalahnya radio aku tak dengar, yang aku dengar makcik tu bebel dengan gigi sebatangnya dia bebel “mengatuss tak habis-habis”. Macam punca hal ni tadi dari family aku. Aku pelik le apa masalah makcik ni ek? Apa salah family aku ni?
“Nasiblah aku ni pandang muka mak aku, paklong maklong aku dari Singapore tu. Kalau tak aduhai malas cakap ah, lagipun orang tua aku ni malas layan tapi bila apa yang korang dengar video tu memekik-mekik korang rasa?
“Bila mak aku bersuara, anak dia pulak menyampuk makikan mak aku,” katanya
kredit:mstar
Kredit -
Post a Comment