Kebelakangan ini, isu mengenai pengubahsuaian rumah yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) semakin banyak didedahkan di media sosial.
Kediaman jenis pangsapuri dan kondominium, sebagai contoh antara rumah yang tidak boleh melakukan penambahan dari segi binaan.
ARTIKEL MENARIK:Benda Dah Tersebar, Pelanggan Tampil Perjelas Situasi Sebenar Dlm Restoran Buat Dia Rasa Malu
Hasil makluman orang ramai dan juga kuasa viral, PBT mula turun ke lapangan untuk melakukan pemantauan, siasatan dan terus mengambil tindakan serta-merta terhadap pemilik kediaman yang didapati mengingkari larangan tersebut.
Di sebalik isu viral ini, ada pula individu yang tampil mengadu dengan keadaan jiran-jiran sekeliling membuat pengubahsuaian tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pengadu juga tidak menolak kemungkinan berlakunya aktiviti suapan atau rasuah yang menyebabkan pemilik rumah secara terang-terangan melakukan pengubahsuaian secara keterlaluan.
Jiran renovasi terkena tempias
Menurut pengadu, pihak berwajib telah meluluskan pembinaan rumah dua tingkat di sebelah kediamannya tanpa mengambil kira ujian tanah awal yang dibuat sebelum itu. Pembinaan rumah tersebut bukan sahaja memberi kesan buruk kepada rumahnya di Taman Klang Jaya, malah jiran-jiran lain turut menerima tempias. Sedangkan mereka telah membayar cukai setiap tahun, tetapi keadaan rumah pula hanya menunggu masa untuk roboh disebabkan kerakusan pemilik rumah dua tingkat itu melakukan pengubahsuaian yang melampau.
Berdasarkan video, hampir 90 peratus keadaan luar dan dalaman rumah mengalami keretakan di bahagian dinding dan termasuk di bahagian suis utama yang berisiko mengalami litar pintas pada bila-bila masa.
Pemukaan dinding yang retak telah ditandakan dengan cat merah oleh pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang datang ke rumah pengadu. Malangnya sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan susulan dilakukan.
Selama 30 tahun menetap di rumah tersebut, pengadu mendakwa dia tidak pernah mengalami sebarang masalah sehinggalah rumah jirannya diubahsuai menjadi dua tingkat menyebabkan rumahnya kini berdepan dengan pelbagai masalah. Aduan dan laporan telah dibuat, tetapi pihak berkenaan pula mengatakan kes tersebut telah ‘selesai’.
“Tengok keadaan rumah, macam mana kita nak tinggal di sini? Apa bodoh ke korang (pihak berkenaan) ni? Cuba tengok, berapa lama kita nak tanggung hal ini? Kita dah lantik peguam, tetapi nak lawan berapa tahun nak tunggu selesai? Kalau nak tunggu, rumah pun dah roboh.
“Hancurlah rumah, dah retak. Takkan kita nak tinggalkan saja rumah dan biarkan saja roboh? Dengan siapa kita nak minta keadilan? Dah tujuh tahun macam ni. Apakah ini cara korang buat kerja, ini ke cara korang jaga rakyat? Kita bayar cukai tapi ini yang kita dapat.
“Selama 30 tahun kita duduk di sini tak pernah ada masalah. Selepas mereka (PBT) beri kelulusan kepada jiran untuk ubahsuai rumah, hancur rumah saya. Sebaliknya PBT kata kita pula yang salah buat rumah. Sedangkan rumah saya tak pernah alami sebarang masalah sebelum ini.
“Saya marah ni, saya ada hak nak marah. Rumah orang tua saya beli dengan penat lelah mereka, senang-senang mereka (PBT) beri kelulusan pada jiran sebelah ubahsuai rumah dua tingkat. Tak fikir apa yang akan terjadi pada rumah jiran lain.
“Tengok keretakan dari luar sampai ke dalam rumah. Bukan rumah saya seorang, rumah jiran-jiran yang lain turut menerima kesan. Saya yakin ini memang disebabkan PBT memberi kelulusan kepada jiran sebelah untuk ubahsuai rumah menyebabkan keretakan pada rumah kami,” katanya.
Sehubungan dengan per kongsian tersebut, rata-rata warganet turut berang akan tindakan ji.ran yang tidak bertanggungjawab.
Malah, mereka juga ber simpati apabila rumah lelaki berkenana sudah tidak selamat untuk didiami.
Ada tanda-tanda nak runtuh
Akibat ‘Renovation’ Rumah Secara HARAM, Siap Sedia RISIKO Kena Tanggung Nanti!
Sebelum nak melakukan sebarang penambahan mahupun pengubahsuaian pada mana-mana bahagian rumah seeloknya fahamkan dulu peraturannya. Penting ambil tahu apa yang boleh serta dibenarkan dan sebaliknya. Bukan main buat sebarangan ‘renovation’ rumah secara HARAM kerana akibatnya banyak beri kesan yang perlu ditanggung nanti.
Nak fahamkan lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ar.Ahmadkhairul Sabirin dari Sabirin Rosli Architect ini sebagai rujukan, kesan dan di risiko yang perlu ditanggung pemilik nanti akibat ‘Renovation’ rumah secara HARAM.
KESAN RENOVATION RUMAH HARAM
BILA KITA BUAT RENOVATION TAK IKUT UNDANG-UNDANG, CONFIRM LAH AKAN ADA KESAN DIA. MACAM SEKARANG LAH, TAK BOLEH MAKAN DURIAN RAMAI-RAMAI PASAL PKP, EH DIA NAK
JUGA BERPESTA. KAN DAH KENA KOMPAUN.SAMA LAH DENGAN RENOVATION RUMAH, ADA PERATURAN DAN KITA KENA IKUT.
Aku memang banyak kali dah dengar tuan rumah kata tak nak buat proper submission dan apply permit reno dari majlis pasal mahal dan lambat. Lagi la bila kontraktor dah cucuk tuan rumah dari bayar duit submit ke majlis, baik tambah pool sebiji. Terus on tak fikir dah submission. Tapi sanggup ke hadap kesan renovation haram di masa depan?
1. Rumah Susah Nak Jual Atau Tak Ada Nilai
Bila buat renovation tanpa pelan lulus, bila nak jual akan jadi rumit. Apasal floor plan dekat agreement lain tapi dekat site lain? Rupanya pelan paling baru ni tak ada kelulusan PBT. Bank nak value benda illegal macam mana? Tak boleh la.
So bank akan value bahagian yang ada kelulusan saja. Yang bahagian tak dapat kelulusan dah habis ratus ribu tu satu pun tak akan menambah value jual rumah tersebut. Sedih tak?
Duit habis, value rumah tak naik. Such a bad move and definitely bad investment.
2. Kompaun Oleh PBT
Setakat aku tahu, ada majlis dah tulis siap-siap kompaun 10-20 kali ganda fee permohonan ke PBT. Ah bayar je la. Sure? Ingat fee mohon 10 20 ringgit ka? Tak bang. Dia kira ikut area berapa banyak yang di tambah. Ada jadual kiraan. Kalau tambah besar makan ribu juga lah.
Tapi bila dah bayar denda setel ke tak? Tak juga, kena submit la properly selepas itu haha. So kena bayar 2 benda, kompaun dan fee arkitek. Kalau awal-awal tu submit properly ke PBT setel dah. Tak gitu?
3. Roboh?
Boleh ke? Boleh saja. Ingat tak dulu ada kes abang ni viral cakap PBT tak buat kerja, kejap lagi satu PBT tu round kawasan cari struktur haram dan robohkan semua struktur yang tak dapat kelulusan di rumah-rumah. Itu pasal jangan main-main dengan PBT,sekali dia enforce, tak senang tidur kita.
Ada juga kes terpencil PBT fail kan ke mahkamah untuk merobohkan rumah yang dibuat tak ikut pelan lulus. Sampai macam tu sekali.
4. Sita
Dah kenapa aku buat rumah kat tanah aku, aku tak boleh masuk?? (baca nada Azlee Senario) Ada juga kes rumah disita pasal buat tak ikut kelulusan majlis. Rumah dah buat cantik-cantik, PBT sita. Nak tidur mana? Ha tidur lah kat hotel sebulan dua. Ni semua gara-gara kes buat renovation secara haram.
5. Insurans Tak Cover
Rasa-rasa ada tak insurance provider nak cover rumah yang dibuat tanpa kelulusan? Sudah pasti kalau terjadi kemalangan, terbakar, runtuh, insurance provider akan datang buat siasatan menyeluruh dan confirm-confirm bila tahu rumah itu dibuat tanpa kelulusan, mereka tak akan cover.
Aku pernah jaga projek under construction dulu terbakar. Peh insurans punya orang investigate tu agak menyeluruh lah juga. Benda pertama dia tanya lulus ke tak projek ni. Tu dulu.
6. Beli Rumah Renovation Tak Ada Kelulusan, Tuan Rumah Baru Kena Tanggung!
Ya kalau rumah yang kita beli tu tak ada kelulusan, kalau tiba-tiba PBT datang ambil tindakan, tuan rumah baru kena tanggung. Nampak zalim tapi itulah yang perlu dihadap. Kenapa waktu beli tak check pelan lulus dulu? Kenapa tak check ada approval ke tidak sebelum beli?
Nak tahu lebih lanjut boleh baca pos oleh Ar. Azizul Azwar di sini:
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, KITA KENA FAHAM BILA BAB TAMBAH STRUKTUR, IANYA MELIBATKAN HAL KESELEMATAN PENGHUNI DAN ORANG SEKELILING. KALAU LAH RENOVATION HARAM NI DIBUAT DAN TIBA-TIBA RUNTUH ATAU ROSAK DAN MENCEDERAKAN ORANG LAIN, MACAM MANA? SIAPA SALAH? SIAP YANG KENA TANGGUNG DAN PALING PENTING SANGGUP KE NAK TANGGUNG?
Itulah kerja arkitek, jurutera dan PBT perlu review setiap kerja renovation untuk memastikan keselamatan dan ikut segala peraturan baru lah diluluskan. Kata kunci dia, untuk pastikan selamat. Buat lah renovation ikut peraturan supaya mudah di kemudian hari. Tidur pun lena.
So apa tunggu lagi, check la rumah ada tak pelan lulus?
Ar.Ahmadkhairul Sabirin
Cantik tak rumah ada line tape kuning? haha
Sumber: TikTok Rakesh Bathumalai, https://www.thereporter.my/ via Trending Sangat
Post a Comment