PENGAKUAN seorang wanita yang mendakwa bercinta dengan Azri Iskandar selepas aktor itu bercerai dengan Ellie Suriaty turut mengejutkan anak pasangan itu, Azrell Omar.
Ujar Azrel, 18, juga terkejut dengan pengakuan wanita dikenali sebagai ‘F’ yang mendakwa pernah pulang ke kampung bersama bapanya.
ARTIKEL MENARIK:Bengang Dituduh Duda ‘Playb0y’, Azri Iskandar Akhirnya Buat Keputusan, Beritahu Dgn Siapa Dia Nak Kahwin
“Dalam tempoh 18 tahun ni rasanya saya tak tertinggal banyak sangat benda untuk tak tahu apa yang berlaku di sebalik perkahwinan mereka.
“Saya terkejut sebab masa ayah balik kampung hari tu dia kata balik seorang sahaja, tiba-tiba keluar berita macam ini.
“Pertama kenapa perlu tipu? Kedua benda ni terlalu tiba-tiba. sebagai anak saya faham tapi ada rasa kecewa dengan tindakan ayah,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.
Wanita bernama F mendakwa bekas kekasih Azri Iskandar.
Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai ‘F’ membuat pendedahan secara eksklusif kepada mStar bahawa dia berasa dipermainkan apabila aktor itu membuat keputusan berkahwin dengan wanita lain.
Wanita itu memberitahu dia sudah berjumpa dengan keluarga Azri sebelum mendapat tahu pelakon itu akan berkahwin dengan wanita bernama Azra.
Dalam pada itu Azrell berkata dia dan adik-beradik yang lain berasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bapanya yang mengambil keputusan untuk berkahwin baharu ketika ibu mereka masih dalam tempoh edah.
Dia juga memberi nasihat kepada Dr Azra untuk mempertimbangkan semula keputusan berkahwin dengan bapanya selepas timbul pelbagai isu yang melibatkan aktor tersebut.
Saya dan adik-beradik tak setuju apabila ayah buat keputusan untuk kahwin baharu sebab mereka baru sangat bercerai.
“Saya dan adik-beradik tak setuju apabila ayah buat keputusan untuk kahwin baharu sebab mereka baru sangat bercerai. Lebih baik dia fokus kepada diri dan kerjaya dia.
“Saya tanya ayah betul ke? Kenapa cepat sangat? Dia kata hanya nak kenal-kenal dulu.
“Kepada Dr Azra mungkin dengan apa yang telah terjadi ini, anda boleh pertimbangkan kembali keputusan nak kahwin dengan bapa saya. Awak nilai la sendiri,” ujarnya.
Ketika ditanya tentang keadaan ibunya selepas bercerai, Azrell berkata Ellie seorang wanita yang kuat kerana masih dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Azrel tidak bersetuju ayahnya kahwin terburu-buru.
“Ibu saya adalah seorang yang kuat sebab dalam benda macam ni terjadi dia masih teruskan kehidupan harian dia dengan bekerja.
“Dia pandai asingkan masalah dengan kerja, jadi tiada apa yang boleh menghalang dia.
“Saya nak minta maaf kalau ayah saya ada DM atau chat dengan mana-mana wanita dan berjanji apa-apa sebab dia baru bercerai… mungkin itu cara dia legakan hati,” ujarnya.
Anak-anak terkejut
Terdahulu Azri Iskandar memberitahu anak-anaknya tidak menghalang untuk dia berkahwin dalam masa terdekat malah merestui hubungan dengan Dr Azra.
Mula-mula mereka terkejut la bila dapat tau. ‘Cepatnya papa, rileks dulu. Papa kan tengah bersedih. Kerja dulu cari duit dalam setahun dua.’ Bila saya cerita dekat mereka, terus okey.
Mereka doakan saya happy dengan aunty Azra. Anak sulung saya dengan Ellie semalam ada mesej. ‘Papa kalau betul nak kahwin okey la tapi bagitau mummy. Mummy kan dalam edah.’
Saya cakap ‘papa macam biasa akan bagi nafkah tapi papa tak ada edah.’ Dan saya rasa akan nikah dengan Azra pun selepas selesaiedah Ellie. Proses bukan mudah, nak pergi pejabat agama, kursus kahwin lagi.
Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu mengumumkan bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Azri dan Ellie Suriaty bercerai talak satu di Mahkamah Rend
Kredit -
Post a Comment