Bengang Dituduh Duda ‘Playb0y’, Azri Iskandar Akhirnya Buat Keputusan, Beritahu Dgn Siapa Dia Nak Kahwin

Bengang Dituduh Duda ‘Playb0y’, Azri Iskandar Akhirnya Buat Keputusan, Beritahu Dgn Siapa Dia Nak Kahwin

SUSULAN pengakuan seorang wanita dikenali sebagai ‘F’ mendakwa hatinya dipermainkan, pelakon Azri Iskandar tampil menepis tuduhan tersebut.

Bengang Dituduh Duda ‘Playb0y’, Azri Iskandar Akhirnya Buat Keputusan, Beritahu Dgn Siapa Dia Nak Kahwin



Kata duda berusia 54 tahun itu, dia tidak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan selepas bercerai dengan Ellie Suriaty dan apa yang didakwa wanita itu tidak benar sama sekali.

ARTIKEL MENARIK:Baru Je Ellie Pecah Lubang, Sekali Azri Cakap Tak Betul! ‘Sumpah Demi Allah’


“Itu fitnah. Saya tidak cintakan orang lain pun. Dulu dengan Ellie, dia tak nak saya, saya lepaskan.

“Then wanita pertama lepas bercerai adalah Azra la. Dia la saya punya kekasih dan saya ingin memperisterikan dia secara sah.

“Saya tak ada perempuan lain. Bila pula saya ada perempuan lain, lepas itu, kahwin pula dengan orang lain. Jahatnya Azri Iskandar,” ujarnya kepada mStar ketika dihubungi.

Bila pula saya ada perempuan lain, lepas itu, kahwin pula dengan orang lain… Jahatnya Azri Iskandar

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai ‘F’ membuat pendedahan secara eksklusif kepada mStar bahawa dia berasa dipermainkan apabila aktor itu membuat keputusan berkahwin dengan wanita lain.

Wanita itu memberitahu dia sudah berjumpa dengan keluarga Azri sebelum mendapat tahu pelakon itu akan berkahwin dengan wanita bernama Azra.

Dalam pada itu, Azri menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan maruah dan memalukannya.

“Buktikan… kang saya saman nanti.


Loading...


“Kalau you tulis Ara itu perampas lagi, sehinggakan apabila saya pergi Perlis esok ayah dia tak buka gate kerana malu dengan saya… saya akan saman satu-satu,” jelasnya lagi.

Azri bakal mendirikan rumah tangga bersama Dr Azra Diera.

Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini mengumumkan bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Azri dan Ellie Suriaty bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

kredit: mstar

Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post