Kisah mengenai pemergian Siti Sarah Raissuddin ternyata telah memberi kesan yang begitu mendalam kepada rakyat Malaysia.
Pelbagai kisah kebaikan yang dikongsi oleh rakan-rakan artis serta rakyat Malaysia dan salah seorang yang terkesan dengan pemergian Siti Sarah adalah Helen Yap.
ARTIKEL MENARIK:‘ALLAH bagi saya rasa manis itu…’ – Aliff Aziz kongsi pengalaman sertai Jemaah Tabligh
Kenang Kisah Saat Bersama Arwah
Menurut perkongsian di Instagram, Helen Yap menceritakan kembali saat kemenangan album Kesetian di Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM) untuk kategori Best Pop Album dan Album Terbaik 2003.
Sebenarnya tidak ramai tahu, tetapi setelah kami producer dan composer Album Siti Sarah Raissuddin menang AIM 2003 (Anugerah Industri Muzik Malaysia) untuk Best Pop Album dan Album Terbaik 2003, arwah Siti Sarah dengan besar hatinya telah menghadiahkan kami semua serta sound engineer dan label NAR records dengan jam tangan Guess sebagai token of appreciation. Semua individu di sebalik tabir album Kesetiaan dapat seorang satu. Kami juga dijemput untuk menghadiri majilis makan malam dan kesyukuran di rumah arwah.
Jam Tangan Guess Beserta Kristal Swarovski
Apa yang dikongsikan oleh Halen Yap, semua individu yang terlibat dalam menjayakan album Siti Sarah dihadiahkan jam tangan Guess beserta manik kristal dari Swarovski sebagai tanda penghargaan.
Arwah Seorang Yang Bersyukur Dan Mengenang Budi
via Instagram Helen Yap
Bagi Helen Yap, peribadi mulia yang ada pada Siti Sarah telah wujud pada usianya masih muda lagi. Baginya Sarah seorang yang bersyukur, berterima kasih dan mengenang budi semua individu yang menolongnya dalam kejayaan album Kesetian.
Tambahan daripada itu, Helen Yap turut menyatakan bahawa pemberian jam tangan itu sebagai salah satu kenangan manis bersama Siti Sarah dan dia sentiasa mengingati kebaikan dan bakat yang ada pada arwah.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment