Kecoh di media sosial mengenai satu video ‘podcast’ terbitan OKLETSGO yang melibatkan Azwan Ali dan penyampai radio Singapura.
Dalam wawancara tersebut dilihat Azwan Ali menjawab soalan tersebut dengan secara bersahaja namun jawapannya sangat keterlaluan kerana seolah mempermainkan agama.
ARTIKEL MENARIK:‘ALLAH bagi saya rasa manis itu…’ – Aliff Aziz kongsi pengalaman sertai Jemaah Tabligh
Memalukan Agama
Menerusi perkongsian di Instagram PU Syed, kelihatan PU Syed menegur tindakan Azwan Ali yang dikira melampau malah tindakannya itu seolah-olah memalukan agama.
Saudara sudah melampau dan terlalu melampau, tak kiralah ianya adalah jawapan dlm bentuk gurauan ataupun tidak, yang pasti ianya adalah benar-benar sesat dan memalukan agama.
Bukan Perkara Untuk Dijadikan Bahan Gurauan
via Instagram pencetusummah_syed
Dalam penulisan PU Syed, dia juga turut mempersoalkan tindakan Azwan Ali yang melibatkan kedua ibubapa penyampai radio tersebut apabila ditanyakan mengenai malaikat. Baginya persolan sebegini bukanlah sesuatu yang elok dijadikan bahan gurauan dan sendaan semata-mata.
Mestikah dikaitkan dgn mak bapak orang? salahkah soalan tu bila diajukan kpd saudara?
Persoalan Malaikat ini bukan persoalan yang kecil bahkan Malaikat bukan makhluk yang kita boleh bawa sebagai bahan gurauan dan sendaan.
Mengajak Mengenali Sifat Mungkar Dan Nakir
via Berita Kini
Selain menegur tindakan Azwan Ali dan penyampai radio, Pu Syed juga turut mengajak Azwan Ali dan netizen untuk mengenali bagaimana sifat Mungkar dan Nakir.
Buat DJ yang sakan gelak tu..sedarlah benda mcm ini bukan boleh dibuat bahan utk melawak! Untuk saudara Azwan Ali dan semua, mari kita kenali bagaimanakah sifat Munkar dan Nakir itu.
PU Syed juga turut menasihati supaya mereka segera bertaubat atas tindakannya. Perkongsian di Instagram PU Syed tersebut mendapat maklumbalas dari netizen dan rata-rata mereka bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh PU Syed.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment