Seram! “The Granny Ripper” Pembunuh Bersiri Yang Membunuh Dan Memakan Mangsanya

Seram! “The Granny Ripper” Pembunuh Bersiri Yang Membunuh Dan Memakan Mangsanya

Seorang nenek yang bernama Tamara Mitrofanovna Samsanova atau lebih dikenali dengan nama “The Granny Ripper”. Dia dilahirkan pada 25 April 1947 di St.Petersburg, Rusia.

Seram! “The Granny Ripper” Pembunuh Bersiri Yang Membunuh Dan Memakan Mangsanya



Tamara yang kini berusia 74 tahun ini ternyata seorang pembunuh yang sadis kerana dia telah mengaku membunuh ramai orang dan yang paling teruk lagi, dia juga memakan mangsa korbannya.

ARTIKEL MENARIK:Terlalu Bosan Lama Lockdown! Lelaki Ini Menderita Kemaluan Tersekat di ‘Padlock’




via kuyou.id

Nenek ini juga dipercayai telah membunuh suaminya sendiri, Alexei Samsonor yang dilaporkan hilang pada tahun 2000. Tamara Samsanova juga akan menulis di dalam diarinya tentang semua pembunuhan yang telah dilakukannya.

Ianya juga ditulis dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu bahasa Rusia, Inggeris dan juga Jerman.  Tulisan tersebut juga merupakan pengakuan tentang bagaimana cara dia membunuh mangsanya.


via murderpedia

Cara “The Granny Ripper” membunuh korbannya adalah dengan membius dan dia akan memotong mereka hidup-hidup menjadi beberapa bahagian dengan menggunakan gergaji. Kemudian, dia akan memasukkan mangsanya ke dalam kantong sebelum memakannya.

Dia juga akan mengeluarkan paru-paru korbannya dan memakannya. Kebanyakan mangsa korban Tamara adalah kawan-kawan yang berjiran dengannya.



Loading...




via amino

pada saat itu dia sedang menuruni tangga dgn membawa plastik hitam dan sebuah panci, yang ternyata berisi potongan tubuh dan kepala valentina yg ada di pancinya

nih videonya, bayangin yg dia bawa itu adala bagian tubuh manusia:( pic.twitter.com/fSTGVwi8Xo

— dil (@gowjek) September 4, 2020

 


via murderpedia

Akhirnya kejahatan Tamara Samsanova diketahui apabila sahabatnya sendiri, Valentina Ulanova yang menyewa bilik bersamanya telah dilaporkan hilang. Rakaman CCTV telah membuktikan semua kejadian kejam yang berlaku. Dia akhirnya diberkas pada Julai 2015 oleh Polis Rusia setelah melakukan pembunuhan bersiri sejak tahun 1995 lagi.

Namun setelah Tamara menjalani ujian psikiatri forensik, hasilnya telah menunjukkan nenek ini adalah seorang penghidap penyakit jiwa yang dikenali sebagai skifzofernia yang sangat berbahaya kepada masyarakat. Oleh itu, Tamara telah dihantar ke pusat rawatan psikiatri di Kazan.


via murderpedia

Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post