SIAPA sangka, bermula dengan melayari Instagram telah membuka hati penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz untuk menyertai jemaah tabligh.
Berkongsi pengalamannya, selebriti berusia 30 tahun itu memberitahu, dia terlihat perkongsian mengenai penghijrahan Faizal Ismail (FBI) menerusi ruangan explore di Instagramnya.
ARTIKEL MENARIK:Selepas Tular Pelawak Lagenda, Azlee Senario Jual Buah Untuk Sara Keluarga. Hari Ini Ebit Lew Singgah Ke Gerai Azlee
Selepas melihat perkongsian itu, dia tergerak hati untuk menghantar mesej kepada Dakwah Tabligh Malaysia.
“Saya tanya macam mana nak kenal jemaah tabligh. Lepas itu mereka balas dan minta saya tinggalkan nombor telefon dan akan hubungi saya semula.
“Bagaimanapun hanya selepas tiga, empat hari kemudian baharu saya dihubungi oleh seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Amar. Kemudian dia menjemput saya untuk keluar menyertai jemaah tabligh selama tiga hari.
“Sehari sebelum hari untuk keluar bersama mereka, saya rasa resah dan gelisah. Tiba-tiba teringat ada temu janji di klinik dan buatkan saya rasa tak mahu pergi.
“Namun Amar tidak memaksa dan minta saya selesaikan dahulu perkara yang lebih penting. Kata-kata ringkasnya itu telah memberi kesan pada saya.
“Kemudian saya terus mesej klinik pada jam 3 pagi memaklumkan saya terpaksa tunda temu janji dan beritahu Amar akan menyertainya.
“Kuasa ALLAH, pagi itu, pihak klinik beritahu memang perlu aturkan temujanji baru kerana doktor yang sepatutnya merawat saya mengambil cuti hari itu. Bayangkan kalau saya batalkan untuk sertai tabligh sebelum itu,” jelasnya.
Perkara berkenaan didedahkan sendiri oleh Aliff ketika muncul secara langsung bersama Ustaz Farkhan Daie, wakil tabligh Amar Sufi Ali dan rakan pelakon, Saharul Ridzwan menerusi sesi live membincangkan tajuk ‘Pengertian Sebuah Penghijrahan’.
Bella pernah memberitahu suaminya itu sudah jauh berubah berbanding dahulu.
Sementara itu, Aliff juga mengakui timbul perasaan segan dalam dirinya para peringkat awal memandangkan perlu bergaul dengan orang-orang alim.
Bagaimanapun, dia melihat bahawa kebanyakan mereka yang menyertai jemaah tabligh ini pada asalnya bukan seorang baik sebelum ini dan kemudian mahu lakukan perubahan menjadi lebih baik.
“Mereka ini bermacam-macam latar belakang, tetapi persamaannya mereka tak menilai siapa kita dahulu. Semua sama, atas usaha yang sama.
“ALLAH bagi saya rasa manis itu. Tapi yak sama macam mana kita rasa sendiri kemanisan itu. Selepas 30 tahun hidup, saya sedar inilah yang saya terlepas selama ini.
“Selama di sana, saya belajar mengenai adab dan dengar cerita mengenai Rasulullah. Saya berjumpa dengan Saharul di sana, langsung tiada berborak tentang kerjaya seni. Fokus kami memang nak cari kebesaran Allah,” ujarnya.
Kredit -Sinar Plus.
Post a Comment