(Video) “Macam Mana Dia Buat?”, Warganet Bingung, Aksi Kreatif Lelaki Ini Pandu Kereta Halimunan Kekal Jadi Tanda Tanya

(Video) “Macam Mana Dia Buat?”, Warganet Bingung, Aksi Kreatif Lelaki Ini Pandu Kereta Halimunan Kekal Jadi Tanda Tanya

Satu video yang memaparkan seorang lelaki bergerak seakan menaiki kereta halimunan di dalam rumahnya telah menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pengguna internet.

(Video) “Macam Mana Dia Buat?”, Warganet Bingung, Aksi Kreatif Lelaki Ini Pandu Kereta Halimunan Kekal Jadi Tanda Tanya



Video-video yang dimuat naik lelaki itu memaparkan aksinya yang seakan ‘memandu’ sebuah kereta lutsinar di dalam rumahnya.

ARTIKEL MENARIK:(Video) Bagai ‘Lautan Api’, Saluran Paip Minyak Bawah Laut Di Teluk Mexico Pecah & Terbakar

Aksinya itu telah berjaya membuatkan lebih 56 ribu pengikutnya terpukau dan bingung mengenai cara dia melakukan aksi tersebut.

Ekoran daripada itu, ramai warganet yang cuba membongkar trick beliau, memberi komen supaya buat apa yang mereka suruh bagi membuktikan bahawa aksinya itu betul-betul benar.

Ada yang menyuruhnya melakukan aksi tersebut dengan memasang tv bagi memastikan ianya bukan dilakukan secara rewind, ada yang menyuruhnya merakamkan aksinya itu dari sudut pandangan belakang, ada juga yang menyuruhnya meletakkan cermin di belakang dan bermacam-macam lagi.



Loading...


Kesemua video-video yang dikongsikannya itu telah menjadi tular. Permintaan-permintaan warganet dalam video itu dilaporkan masih tidak berjaya membongkar trick yang diguna pakainya itu sehingga kini.

 

 

Sumber: LADbible via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------




Post a Comment

Previous Post Next Post