(Video) Bagai ‘Lautan Api’, Saluran Paip Minyak Bawah Laut Di Teluk Mexico Pecah & Terbakar

(Video) Bagai ‘Lautan Api’, Saluran Paip Minyak Bawah Laut Di Teluk Mexico Pecah & Terbakar

Sebahagian perairan di Teluk Mexico bertukar menjadi ‘lautan api’ apabila saluran paip minyak bawah laut terbakar dan meletup dalam satu kejadian semalam.

(Video) Bagai ‘Lautan Api’, Saluran Paip Minyak Bawah Laut Di Teluk Mexico Pecah & Terbakar



Menurut kenyataan syarikat pengeluar minyak Petroleus Mexicanos (Pemex), ia berpunca daripada kebocoran gas yang berlaku pada saluran paip bawah laut tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Budak 7 Tahun Dilapor Maut Setelah 70 Hari Koma, Didakwa ‘Dihempas’ 27 Kali Ketika Latihan Judo


Kebakaran berskala besar itu berlaku kira-kira 150 meter dari pelantar minyak Ku Maloob Zaap di Semenanjung Yucatan sebelum dikesan melalui satelit.

Sejurus kemudian pasukan keselamatan Mexico bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan tiga buah bot pemadam api bagi mengelakkannya merebak lebih jauh.

Difahamkan, mereka menggunakan bahan berunsur nitrogen untuk memadamkannya, selain injap saluran terpaksa ditutup sementara ketika kerja-kerja pemadaman api berjalan.

Setelah kira-kira lima jam pasukan keselamatan bertungkus-lumus, akhirnya api marak yang membentuk seakan bulatan ‘mata di tengah lautan’ itu  berjaya dipadam.



Loading...


Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan serta kematian dilaporkan setakat ini dan untuk rekod, ini bukan kejadian pertama yang dialami Pemex.

Sebelum ini, letupan serupa pernah berlaku di pelantar minyak Abkatun A-Permanente pada 2015 lalu hingga menyebabkan empat pekerja terkorban, 16 cedera dan lebih 300 lagi berjaya diselamatkan.

Berikut di bawah adalah rakaman video ketika kebakaran berlaku dan kerja-kerja pemadaman api dijalankan.

This is the Gulf of Mexico after a pipeline ruptured!

THE OCEAN IS A FLAME!

How much more clear could it be that these pipelines are DESTROYING OUR PLANET!
pic.twitter.com/t1waU7GJjg

— StanceGrounded (@_SJPeace_) July 3, 2021

🚨 Sobre el incendio registrado en aguas del Golfo de México, en la Sonda de Campeche, a unos metros de la plataforma Ku-Charly (dentro del Activo Integral de Producción Ku Maloob Zaap)

Tres barcos han apoyado para sofocar las llamas pic.twitter.com/thIOl8PLQo

— Manuel Lopez San Martin (@MLopezSanMartin) July 2, 2021

Sumber: France 24 / Daily Mail / Twitter via Siakap Keli



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post