Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengarahkan pemasangan kawat berduri di tangga rumah kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibuka serta merta.
Perkara tersebut telah dimaklumkannya menerusi satu ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi miliknya.
ARTIKEL MENARIK:TERKINI: Lima Negeri Beralih Ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara Bermula 5 Julai Ini
“Tidak di benarkan pasang kawat duri di tangga rumah pangsa kawasan PKPD.
“Arahan buka serta merta telah di keluarkan..harap maklum,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter malam ini.
Tidak di benarkan pasang kawat duri di tangga rumah pangsa kawasan PKPD.
Arahan buka serta merta telah di keluarkan..harap maklum. pic.twitter.com/EiGJj0Itfr— Annuar Musa (@AnnuarMusa) July 3, 2021
Terdahulu, media melaporkan bahawa pemasangan kawat berduri di laluan tangga Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, telah dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang turut dihadiri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Perkara tersebut mendapat perhatian selepas gambar yang menunjukkan beberapa anggota ATM memasang kawat berduri di laluan tangga Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas menjadi tular di media sosial.
Gambar tersebut telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warganet berkenaan keselamatan penduduk jika berlaku kecemasan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata bahawa terdapat laluan lain yang boleh digunakan oleh penduduk bagi tujuan keluar masuk dari bangunan itu sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Tambahnya lagi, pihak polis dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
“Untuk makluman sekiranya berlaku kecemasan, pihak ATM berkemampuan untuk membuka kawat duri tersebut dalam tempoh masa yang singkat dan kami sentiasa berada di laluan tersebut untuk memantau situasi semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber: Annuar musa/Bernama via Siakap Keli
Post a Comment