IRAQ- Seorang chef maut selepas terjatuh ke dalam periuk sup mendidih di sebuah majlis perkahwinan.
Issa Ismail, 25 tahun, dilaporkan sedang memasak sup ayam dalam periuk besar sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam periuk yang mendidih tersebut, menurut Middle East-IN 24.
ARTIKEL MENARIK:(Video) “Macam Mana Dia Buat?”, Warganet Bingung, Aksi Kreatif Lelaki Ini Pandu Kereta Halimunan Kekal Jadi Tanda Tanya
Kejadian dilaporkan berlaku pada 22 Jun di Dewan Hazel, iaitu di daerah Zakho.
Disebabkan itu, mangsa melecur 70 peratus dan dibawa ke hospital. Namun, mangsa dilaporkan mati selepas lima hari dimasukkan ke hospitl, menurut Al Bawaba.
Loading...
Menurut Global News, mangsa mempunyai tiga anak termasuk bayi berusia enam bulan, kata ahli keluarganya.
Sumber: Global News via Siakap Keli
Post a Comment