“Benda Ni Menzalimi Ikan,” Ikan Beku Hidup Semula Lepas Masuk Balik Dalam Air Garam, Ini Sebabnya

“Benda Ni Menzalimi Ikan,” Ikan Beku Hidup Semula Lepas Masuk Balik Dalam Air Garam, Ini Sebabnya

Baru-baru ini tular ideo di Tiktok yang menunjukkan seorang lelaki membuat tutorial untuk hidupkan semula ikan laga yang telah ‘mati’ dengan menggunakan garam telah curi tumpuan.

“Benda Ni Menzalimi Ikan,” Ikan Beku Hidup Semula Lepas Masuk Balik Dalam Air Garam, Ini Sebabnya



Namun, seorang doktor pakar dalam bidang perikanan tampil memberi penjelasan kepada ianya boleh berlaku dan kesan kepada ikan tersebut. Mungkin ramai yang teruja tetapi inilah jawapan sebenar tentang perbuatan tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Siapakah Cameron Herrin, Pembunuh Yang Menjadi Tular Di TikTok Kerana Miliki Sepasang Mata Yang Cantik


Mari kita ikuti penjelasan tentang ikan hidup semula selepas ditukarkan kepada air garam.

“IKAN HIDUP BALIK LEPAS MASUK AIR GARAM?”

Tular balik video ikan yang dah dibekukan, hidup balik lepas masuk dalam air. Betul ke ikan tu dah mati semasa beku?

Ikan tu tak mati. Ikan tu dibekukan hidup-hidup. Untuk sesetengah spesies, memang ada yang tahan lasak macam puyu dan haruan.

Ikan adalah berdarah sejuk (cold blooded). Jadi metabolism dia akan turun bila suhu sekitar dia turun. Bila anda bekukan dia sekejap dalam peti ais.

Ikan tu akan freeze to death kalau anda letak dalam peti berhari-hari lamanya. Tapi jika dalam 15-30 minit, hanya bahagian luar sahaja yang diselaputi ais (yelah dia ada mukus dan air, lagi cepat jadi ais).

Dan lepas dah beku (bukan beku dalam ais), ikan tu dimasukkan balik dalam air untuk defrost. Garam ditambah ni hanya gimik sebab garam (NaCl) akan turunkan sikit suhu air sebab proses endothermic (subjek kimia sekolah). Geng kimia mungkin boleh bantu terangkan thermodynamic.


Disebabkan saiz ikan tu secara relatif adalah kecil, metabolisma dia cepat naik bila dimasukkan dalam air biasa semula.



Loading...


Campak cili, bawang, semua tu adalah gimik sahaja. Kalau betul nak masak, siang ikan tu dulu. Buat 3 rasa. Gimik video ni dulu dah pernah tular dah guna ikan kap (Cyprinus carpio) dan spesies lain.


Benda ni menzalimi ikan. Sebab dia akan stress dari;

  • Perubahan suhu
  • Hypoxia (takleh bernafas)
  • Kemungkinan berlaku ice crytallization dalam daging dia.

Harap jangan buat ya

 

Sumber: Dr Fitri Yusof via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post