Zahid ajak keluar PN, KJ tak ada masa main politik, sibuk urus vaksin

Zahid ajak keluar PN, KJ tak ada masa main politik, sibuk urus vaksin

KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jalamuddin Abu Bakar memberitahu beliau tidak ada bermain politik ketika ini kerana sibuk menguruskan vaksin kepada seluruh rakyat negara ini.

Zahid ajak keluar PN, KJ tak ada masa main politik, sibuk urus vaksin



Hal demikian, Ahli Parlimen Rembau itu memilih untuk tidak melayan sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak untuk meletakkan jawatan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

ARTIKEL MENARIK:TERKINI: Sidang Khas Dewan Rakyat Diadakan 5 Hari Mulai 26 Julai & Dewan Negara 3 Hari Mulai 3 Ogos – Pejabat PM

Khairy berkata, beliau tidak mempunyai masa untuk memenuhi kehendak politik ketika ini kerana mahu memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar.

“Saya tiada masa nak main politik,” katanya pada sidang media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Memetik Malaysia Gazette, Khairy mengulas desakan kepimpinan UMNO yang mahu ahli Parlimennya meletakkan jawatan sebagai menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum 1 Ogos ini.



Loading...


Pada 21 Jun lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan PN untuk mengadakan semula sidang Parlimen.

Langkah itu dilihat sebagai alasan bagi Ahmad Zahid mengeluarkan UMNO daripada kerajaan yang sebelum ini enggan memanggil Parlimen pada kadar segera.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam mengumumkan Parlimen akan bersidang semula, yang secara kebetulan adalah hari terakhir tempoh yang diberikan Ahmad Zahid.

Kredit -Suara TV



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post