Wajah lelaki muda yang memiliki sepasang mata yang cantik ini menjadi tular di TikTok. Ramai yang tertanya-tanya, siapakah jejaka kacak ini yang dilihat dijatuhi hukuman ketika perbicaraan di Mahkamah.
ARTIKEL MENARIK:Chef Dilapor Maut, Tergelincir & Terjatuh Dalam Periuk Sup Tengah Mendidih Dimasaknya
@k.tedit3
Siapakah Cameron Herrin
Menurut Dailymail , lelaki ini bernama Cameron Herrin berusia 21 tahun. Herrin merupakan seorang pelumba jalanan di Florida dan didapati bersalah kerana meragut nyawa seorang ibu yang berusia 24 tahun dan anak perempuannya dengan melanggar mereka dengan kelajuan 100mph. Herrin telah dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun.
Herrin didapati telah membuatkan dua beranak ini terbunuh ketika dia berlumba di jalan raya dengan rakannya di Tampa, Florida, dengan memandu kereta Mustang.
Ketika perbicaraan di mahkamah, dia memakai topeng pelitup muka namun lirik matanya mencuri perhatian netizen. Hukuman yang diterimanya membuatkan dia menghabiskan lebih dari separuh hidupnya di penjara pada saat dia dibebaskan.
@ask_tk
Menurut laporan yang sama, keluarga mangsa mahu Herrin menjalani hukuman maksimum, iaitu 30 tahun.
Kronologi Kemalangan
Pada Mei 2018, Herrin bertanggung jawab atas kematian Jessica Reisinger-Raubenolt dan anak perempuannya, Lillia yang berusia satu tahun.
Herrin, yang berusia 18 tahun ketika itu, keluar bersama rakannya pada 23 Mei untuk pergi ke gimnasium di daerah Tampa.
Herrin yang memandu kereta Ford Mustang, sementara rakannya, John Barrineau, secara berasingan memandu kereta jenis Nissan.
Kedua-dua kenderaan berhenti menyebelahi antara satu sama lain di lampu isyarat pagi itu.
Reisinger-Raubenolt, yang membawa anak perempuannya dengan kereta sorong bayi, menyeberangi jalan di sepanjang Gandy Boulevard.
Kereta Nissan keluar dan dapat mengelakkan ibu dan anak perempuan itu, tetapi Herrin telah melanggar dua beranak itu.
Pada hari kemalangan, kereta bergerak pada kelajuna 100mph sebelum terjadinya kemalangan.
Herrin memanggil ibunya, yang telah menghadiahkan Mustang kepada anaknya, setelah kecelakaan itu, mengatakan bahawa dia ‘membunuh seseorang.’
Ibunya Cheryl memberitahu hakim, ‘Saya merasa bertanggungjawab atas kemalangan ini. Sekiranya boleh saya mahu menerima hukuman oleh anak saya’
Dia juga bercakap tentang penderitaan Cameron dan seorang lagi anak lelaki, Tristan, yang merupakan penumpang di dalam kereta Cameron semasa kemalangan maut itu.
“Pada waktu malam saya mendengar jeritan dari kedua-dua anak lelaki saya,” kata Cheryl. “Mereka mengalami serangan panik.”
David Raubenolt, ayah kepada bayi perempuan mereka, bercakap sebelum hakim menjatuhkan hukuman. Dia meluahkan perasaannya yang hancur di sejak kematian isteri dan anak perempuannya.
Mengenakan Goun Hijau Dalam Mahkamah
Cameron Herrin in court today wearing an anti-suicide gown. The other inmates weren't dressed that way. His lawyer tells me he doesn't know why Herrin was placed in the gown. Police say Herrion hit and killed a mother and her baby while street racing down Bayshore Blvd in Tampa. pic.twitter.com/Xk6LyN084Z
— Corey Davis (@CoreyDavis6abc) May 26, 2018
@danygi1reالنظرات … #explore #fyp #foryou #cameronherrin #camern
Sementara itu, di laman twitter, Cameron Herrin di mahkamah dikatakan memakai gaun anti bunuh diri juga tular. Ini kerana hanya Herrin yang berpenampilan sebegitu manakala tahanan yang lain tidak berpakaian seperti itu.
Peguamnya memberitahu, dia tidak tahu mengapa Herrin memakai gaun itu. Polis mengatakan Herriin memukul dan membunuh seorang ibu dan bayinya ketika jalan di Bayshore Blvd di Tampa.
Kredit - Hangat.com
Post a Comment