TERKINI: Sidang Khas Dewan Rakyat Diadakan 5 Hari Mulai 26 Julai & Dewan Negara 3 Hari Mulai 3 Ogos – Pejabat PM

TERKINI: Sidang Khas Dewan Rakyat Diadakan 5 Hari Mulai 26 Julai & Dewan Negara 3 Hari Mulai 3 Ogos – Pejabat PM

Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan, tulis Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

TERKINI: Sidang Khas Dewan Rakyat Diadakan 5 Hari Mulai 26 Julai & Dewan Negara 3 Hari Mulai 3 Ogos – Pejabat PM



Menurut kenyataan tersebut, mesyuarat itu dirancang dilaksanakan selama 5 hari bermula 26 sehingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat serta 3 hari bermula 3 hingga 5 Ogos bagi Dewan Negara.

ARTIKEL MENARIK:Apa Kerajaan Bagi Nak Hadap ‘Lockdown’? Ini 5 Bantuan Yang Dah Ditambahbaik Korang Kena Tahu


Sidang Khas Dewan Rakyat diadakan lima hari mulai 26 Julai dan Dewan Negara tiga hari mulai 3 Ogos – Pejabat PM @jpmgov_ pic.twitter.com/5WU5KtFUus

— BERNAMA (@bernamadotcom) July 5, 2021

Mesyuarat itu bertujuan untuk menerangkan Pelan Pemulihan Negara kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan supaya persidangan Parlimen dapat diadakan secara hibrid.

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh YDPA akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.



Loading...


“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut SOP yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” tulis kenyataan itu.

Susulan itu, Nota Jemaah Menteri telah diedar kepada Jemaah Menteri berhubung mesyuarat berkenaan.

Sumber: Muhyiddin Yassin via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post