Heboh di laman sosial baru-baru ni ada Individu yang bergelar ‘Datuk Seri’ ditangkap kerana mengedar dadah bernilai RM5 juta.
Lagi-lagi sekarang ni tengah hangat apabila netizen sibuk kaitkan seorang artis ni dengan pemilik syarikat produk kosmetik tu.
ARTIKEL MENARIK:Tengah Live Jual Baju Bundle, Sesuatu Telah Terjadi Buatkan Geng Ini Kelam Kabut Simpan Semua Barang
Pemilik syarikat itu telah pun ditahan dalam dua serbuan di sekitar Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Selangor selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah methamphetamine rentas negara.
Duta produk kosmetik itu juga dikatakan turut terkena tempias dek kerana kontroversi ini. Sebut saja namanya pasti sudah ramai yang tahu siapa penyanyi ‘Khai Bahar’. Khai pula baru-baru ini telah mengaku yang dia memang ada dilantik menjadi duta produk syarikat itu.
Khai berkata, pertama kali dia berjumpa dengan individu yang menggunakan gelaran Datuk Seri itu adalah pada sesi menandatangi kontrak pada September lalu.
Apa yang dilaporkan itu saya memang tak tahu apa-apa. Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai duta. Itu pun kerja tak mula lagi. Baru dapat pembayaran awal sahaja.
Lagipun perkara ini pertama kali terjadi pada saya. Ingin dijelaskan, saya tak ada kaitan dengan individu berkenaan. Saya pun baru sekali jumpa dan kenal pun di situ. – Katanya.Secara peribadi saya tak terkesan sangat sebab saya hanya dilantik menjadi duta. Bila isu macam ni jadi saya ada peguam yang uruskan.
Khai pula dikatakan tidak kisah lansung dengan gambar yang tersebar yang dikatakan ada memaparkan dirinya dengan individu itu.
Mengenai penyebaran gambar itu, saya tak kisah sebab saya memang ada bergambar dengan dia dan ramai lagi orang di majlis itu.
Selepas ini saya dan pengurus akan lebih berhati-hati dan teliti mengenai sesebuah syarikat yang ingin melantik saya menjadi duta. – Kata Khai.
Sebab itu lah orang cakap jangan cepat sangat nak menghukum kalau tak tahu hujung pangkal cerita. Kesian Khai Bahar, tiba-tiba pula kena tempias kerja kotor orang lain.
Kredit: Harian MetroKredit - Oh! Media.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment