Barang Promosi Lazada 11.11 Belum Sampai? Mungkin Ini Sebabnya…

Barang Promosi Lazada 11.11 Belum Sampai? Mungkin Ini Sebabnya…

Ramai ke yang beli barang dekat Lazada waktu promosi 11.11 haritu? Tapi sampai sekarang barang tak sampai lagi?

Barang Promosi Lazada 11.11 Belum Sampai? Mungkin Ini Sebabnya…



Menurut laporan, lori yang bawa barang-barang promosi tu dah musnah terbakar. Kejadian yang berlaku berhampiran D’alamanda Jalan Impian Cheras pada Selasa lepas disahkan oleh Komander Operasi Kanan, Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozi Jusoh.

ARTIKEL MENARIK:Penyanyi Popular Mengaku Jadi Duta Produk Kosmetik ‘Datuk Seri’


Pembekal baru je ambil barang tersebut untuk dibawa ke pusat pengumpulan operasi. Tapi tak semena-mena berlaku pula kebakaran di bahagian belakang lori. Dah lah kebanyakan barang terdiri daripada baju, seluar dan barang permainan kanak-kanak. Semuanya barang mudah terbakar.

“Sebaik tiba di lokasi pihak bomba mendapati api sedang marak pada bahagian belakang lori lima tan itu. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya 15 minit kemudian dan 60 peratus barang musnah dijilat api.” – katanya.



Loading...
loading...


Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. Pada pembeli yang masih setia tunggu barang sampai, bersabarlah ya. Mana tahu nanti ada pihak bertanggungjawab yang nak beri ganti rugi.

Kredit: Kosmo!
Kredit - Oh! Media.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post