KOMPOSER yang juga bekas anggota kumpulan Kembara, A.Ali menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.
Menurut anaknya, Nurul Huda, bapanya disahkan meninggal dunia dalam tidur.
ARTIKEL MENARIK:Baru je lepas beranak sekali suami Emma buat kejutan macam ni. Tak sangka sampai macam ni sekali reaksi Emma Maembong.
“Assalamualaikum. Saya anak kepada Hamdan Atan @ A.Ali, dengan ini memberitahu perkara mendukacitakan. Ayah saya telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi dalam keadaan tidur.
“Semoga roh arwah saya dicucuri rahmat dan ditempatkn di kalangan orang yang beriman,” ujarnya dalam satu mesej kepada media.
Tambah Huda, jenazah bapanya, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang selepas waktu Zohor.
Allahyarham yang berusia 71 tahun meninggalkan seorang isteri, 9 orang anak dan 10 cucu.
A.Ali atau nama sebenarnya, Hamdan Atan, merupakan anggota asal kumpulan Kembara yang turut dianggotai oleh Datuk M. Nasir dan S. Sahlan sekitar awal 1980-an.
Bagaimanapun Allahyarham bersama S.Sahlan telah meninggalkan kumpulan Kembara selepas penerbitan album ketiga kumpulan itu iaitu pada tahun 1983.
Allahyarham pernah bersama bersatu kembali dengan kumpulan Kembara bagi membuat persembahan pada malam Gala Konsert Hati Emas Kembara di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada November 2014.
Antara lagu-lagu Kembara ciptaan Allahyarham adalah Ragam Mat Dan Minah, Hidup Cara Sendiri, Ada Sepasang Mata, Kiambang dan banyak lagi.
Allahyarham juga merupakan komposer dan penerbit yang menaikkan nama penyanyi Zaiton Sameon dan Rohana Jalil.
Lagu ciptaan Allahyarham iaitu Menaruh Harapan yang dinyanyikan oleh Zaiton Sameon memenangi Anugerah Juara Lagu 1987.Kredit - Sinar Plus
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment