Dikatakan bakal bertunang dengan Dayang Nurfaizah. Hael Husaini beri komen lanjut susulan perihal ini dibangkitkan orang ramai

Dikatakan bakal bertunang dengan Dayang Nurfaizah. Hael Husaini beri komen lanjut susulan perihal ini dibangkitkan orang ramai

Timbul pernyataan bakal mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Dayang Nurfaizah dalam tempoh terdekat ini, Hael Husaini bagaimanapun menafikan gosip tersebut.

Dikatakan bakal bertunang dengan Dayang Nurfaizah. Hael Husaini beri komen lanjut susulan perihal ini dibangkitkan orang ramai
Memetik laporan Harian Metro, Hael yang kelihatan cukup berhati-hati menjawab pernyataan itu enggan memberikan komen lanjut serta menyifatkan ianya soalan bahaya.

ARTIKEL MENARIK:Sampai tidur pun kena pakai mesin oksigen. Mengejutkan bila tiba tiba isteri bongkarkan keadaan terkini Rahim. Rupa rupanya ini yang terjadi.


“Tak ada, tak ada. Belum lagi. Saya tak nak jawab. Tiada komen, bahaya soalan ini (berkaitan pertunangan dengan Dayang).“Insya-Allah, kalau ada rezeki dengan sesiapa yang sudi dan sampai jodoh, saya bertunang,” katanya kepada Harian Metro.


Menurut Hael, dia masih menunggu jodoh, sama seperti kebanyakan rakan-rakan bujangnya yang lain.Terdahulu, Hael mengakui Dayang Nurfaizah merupakan wanita paling rapat dengannya serta menyerahkan soal jodoh mereka kepada Tuhan apabila ramai peminat mengharapkan pasangan ini ke jinjang pelamin.-rotikaya

Ada Maksud Tersirat Dalam Ucapan Hael. Warganet Mula Mempersoalkan Hubungan Hael Dan Dayang Nurfaizah Dan Ini Jawapan Mereka

Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 hari ini. Sempena itu, teman rapatnya, penyanyi Hael Husaini telah mendedikasikan ucapan buat penyanyi lagu Di Pintu Syurga itu. Menerusi Instagram, Hael telah memuat naik sekeping foto Dayang yang sedang tersenyum beserta kapsyen ringkas, namun mengundang perhatian ramai.


“HBTYLMNOPQRSTUVWXYZ,” tulisnya. Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Hael membuat andaian ‘HBTYL’ dalam susunan huruf tersebut membawa maksud ‘Happy Birthday To You Love’. “Tengok sekali je terus faham HBTYL, aduh sweet sangat! “Auchh semut berkawad hoorah horeyh! “Sweetnya wish on time!” tulis wargamaya.

Difahamkan, Hael membuat posting tersebut tengah malam tadi, sebaik sahaja memasuki tarikh 20 Julai. Walaubagaimanapun, Hael tidak memberikan sebarang respon terhadap usikan para pengikutnya itu. Seperti sebelum ini, peminat sering mengaitkan Hael dan Dayang serta berharap kedua-dua penyanyi ini menjalin hubungan istimewa memandangkan status masing-masing masih solo. Apapun, selamat hari lahir Gempak ucapkan kepada Dayang Nurfaizah!-gmpk

“Selagi tiada pengumuman kahwin, selagi itu boleh kenal” – Dayang Nurfaizah tak tutup peluang lelaki lain

Dayang jelaskan hubungan dengan Hael Husaini sekadar sahabat baik. BIARPUN mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan penyanyi Hael Husaini namun Dayang Nurfaizah masih membuka peluang kepada mana-mana lelaki untuk mendekatinya.Bagi Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 38, peluang tersebut sentiasa terbuka selagi dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dirinya bakal berkahwin.


Loading...
loading...




“Saya akui memang hubungan saya dengan Hael sangat rapat dan saya selesa bersama dengan dia. Tapi kami tidak ada hubungan istimewa tapi hanya sahabat baik. Peminat suka melihat hubungan rapat Dayang dan Hael.”Jadi jangan takut untuk dekati saya, bukannya saya makan orang pun. Selagi saya tak cakap esok nak kahwin, selagi itu masih boleh lagi untuk mana-mana lelaki nak kenal dengan saya,” kata Dayang kepada mStar.

Dayang ditemui ketika Konsert Karisma Jelajah Suria 2019 yang diadakan di Central I City Mall, Shah Alam, pada Sabtu.Hubungan rapat Dayang dan Hael itu mula menjadi perhatian waragnet semenjak mereka bekerjasama menerusi lagu Haram dan kerap memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing.Rata-rata waragnet suka melihat keakraban Dayang dan Hael dan ada juga segelintir mereka yang mahu melihat mereka berdua menjadi pasangan kekasih.

Dayang Nurfaizah.Sebelum ini, kedua-duanya pernah menjelaskan hubungan mereka sememangnya rapat dan buat masa kini selesa bekerjasama hanya sebagai sahabat baik serta rakan duet.Dalam pada itu, penyanyi lagu Sebentar ini memberitahu dia tidak dapat menjangka hubungan mereka di masa hadapan dan mengharapkan peminat mendoakan yang baik-baik sahaja.Menurut Dayang, dia secara peribadi selesa disamping Hael dan mengakui mereka saling melengkapi di atas pentas dan kerjasama dalam nyanyian.

“Seperti yang saya akui memang kami rapat dan sekarang ini saya selesa dengan dia sebagai rakan duet tapi untuk di masa hadapan itu tak tahu la kan. Doa saja yang baik-baik. “Sejujurnya Hael selalu buat saya senang dan selain muzik, bila berborak kosong dengan dia pun rasa seronok. Boleh dikatakan kami saling melengkapi atas pentas dan menyanyi,” ujarnya.-mstar


“Saya selesa dengan Hael” – Dayang Nurfaizah buka mulut, jawab status dengan Hael Husaini

Dayang belum ada perancangan untuk muncul dengan lagu duet baharu dengan Hael.KESERASIAN penyanyi Dayang Nurfaizah bersama Hael Husaini sering disalah tafsir golongan peminat lebih-lebih lagi apabila mereka kerap dilihat bersama.Namun Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 38, berkata dia selesa dan serasi bekerjasama dengan Hael hanya sebagai rakan duet sahaja.

“Biasalah peminat suka lihat saya dan Hael sebab kami selalu bersama. Sejujurnya, saya selesa dengan dia tapi sebagai rakan duet.Dayang selesa bekerjasama dengan Hael.”Saya rasa senang bekerjasama dengan Hael. Dia seorang yang sangat berbakat dan kami pun serasi apabila berduet.”Tapi soal jodoh tu susah nak cakap, tapi bagi saya dia memang seorang rakan duet yang saya selesa,” kata Dayang kepada mStar.

Kejayaan lagu Haram nyanyian Dayang dan Hael hingga menjuarai Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) mendorong peminat untuk cuba ‘menyatukan’ mereka sebagai pasangan kekasih.Dalam pada itu, Dayang memberitahu buat masa ini dia belum mempunyai perancangan untuk kembali bekerjasama dengan penyanyi lagu Jampi itu kerana ingin fokus kepada single solo.Dayang mahu fokus single solo.

“Buat masa sekarang, tak ada perancangan lagi kerana saya rasa nak lebih fokus pada solo dahulu.”Tapi pada masa hadapan, apa salahnya. Bagi saya, lagu Haram itu sendiri banyak memberi kenangan kepada saya.”Ia memberi pencapaian terbaik dalam karier saya dan kalau ada lagi lagu duet, kena tengok mana yang sesuai,” ujarnya.-mstar

Hael Husaini Dedah Anak Manja Dengan Calon Isteri

Usia sudah menganjak 32 tahun, Hael Huasini mengakui dia kini sudah memikirkan soal untuk berumah tangga. Malah, Hael berkata dia sudah meletakkan fokus untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.Mahu membeli rumah dan serius untuk membina keluarga, dalam temu bual tersebut, Hael seakan mengakui sudah mempunyai calon isteri dan anak angkatnya selesa dengan ‘calon’ tersebut.“Fokus saya nak kahwin selepas ini, tapi saya nak kumpul duit dan beli rumah dahulu sebelum nak dirikan rumah tangga. Bohonglah kalau tiada perancangan, namun saya harapkan doa terbaik daripada peminat.

“Apa yang boleh dikatakan ialah anak angkat saya iaitu Nur Helena selesa dengan ‘calon’ tersebut, selalu juga mereka meluangkan masa bersama,” kataya kepada mStar Online.Diminta mengulas mengenai calon isterinya, Hael enggan mendedahkan identiti wanita yang berjaya meraih hatinya itu dan seakan bijak mengelak soalan tersebut.-rotikaya

Warganet Harap Pasangan Haeyang Naik Pelamin

Gara-gara memuat naik gambar meraikan Syawal berdua, ramai mendoakan pasangan kegemaran yang turut disapa HaeyangHael Husaini dan Dayang Nurfaizah benar-benar ‘naik pelamin’ bersama. Menerusi entri terbaru, Hael dan Dayang tampak manis memakai sedondon baju berwarna hitam, berserta dengan anak angkat Hael, Halena dan anak saudara Dayang, Zahra Aeisha. Bak potrait keluarga bahagia!

Di ruangan komen pula, warganet berasa teruja melihat ‘keluarga bahagia’ terbabit serta mengusik kedua penyanyi tersebut agar tidak menunggu lama untuk melangsungkan perkahwinan bersama.Malah beberapa rakan artis juga turut tinggalkan komen, mendoakan agar perancangan yang dirancang dipermudahkan, seolah memberi bayangan bahawa mereka seperti merancang mendirikan rumah tangga.Bagaimanapun kedua mereka tidak membalas sebarang usikan peminat. Memang sepadan sangat melihat mereka bersama, apalagi bergambar sedondon begitu. Betul kata warganet, jangan tunggu lama-lama! (rtky/w)

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post