Nabila Huda cuak bila nampak sesuatu bayang ni. Tapi jadi lain pula bila ini pula reaksi yang Fizz Fairuz dan sampaikan ada yang beranggapan sebagai gimik

Nabila Huda cuak bila nampak sesuatu bayang ni. Tapi jadi lain pula bila ini pula reaksi yang Fizz Fairuz dan sampaikan ada yang beranggapan sebagai gimik

Kejadian rumah dicerob0h semakin banyak dilaporkan tidak kira melalui surat khabar atau berita di televisyen. Malah kebimbangan rumah menjadi sasaran individu tak bertanggungjawab antara dilema yang sering dialami oleh setiap individu.

Nabila Huda cuak bila nampak sesuatu bayang ni. Tapi jadi lain pula bila ini pula reaksi yang Fizz Fairuz dan sampaikan ada yang beranggapan sebagai gimik
Siapa sangka pengalaman hitam itu turut dikongsi oleh selebriti Nabila Huda menerusi IG Story miliknya sekitar tengah malam tadi.

ARTIKEL MENARIK:Sampai tidur pun kena pakai mesin oksigen. Mengejutkan bila tiba tiba isteri bongkarkan keadaan terkini Rahim. Rupa rupanya ini yang terjadi.


Dengar sesuatu dan nampak bayang hitam kat luar.Tak kan..

Kecoh mengenai sebuah video memperlihatkan pelakon Nabila atau lebih mesra disapa Abil menangis ketakutan apabila mendapati rumahnya didatangi individu yang mencurigakan. Menurut pemilik nama Nabila Huda Suhaimi, dia ternampak bayang individu berbadan besar memakai pakaian serba hitam sewaktu ketiadaan suami iaitu Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya di rumah.



Weh serius la, saya macam nampak orang kat balkoni. Saya tutup lampu lepastu dengar sesuatu. Dah la suami & Keisha tak ada. Pintu kunci tak? Macam nampak tadi ada bayang hitam kat luar. Dia pakai baju warna hitam. Saya tah tahu hanya nampak bayang. Tak kan pencuri?

Aku tahu kau seorang pelakon yang sangat hebat. Aku berlari balik rumah bila Almy bagitau ada orang masuk rumah kau..

Sementara itu, pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi laman Instagram meluahkan rasa bimbang apabila isterinya iaitu Datin Almy Nadia memaklumkan mengenai apa yang terjadi kepada rakan baiknya. Bagaimanapun, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin tidak mengetahui sama ada ia hanya gimik atau perkara itu benar-benar terjadi berikutan tiada sebarang kenyataan daripada anak kepada penyanyi rock Amy Search.


Sumber : Instagram kupu_kupu, fizzfairuzofficial

Ada Orang Mencurigakan Datang Rumah. Akhirnya Nabila Huda Tampil Buka Mulut Beri Penjelasan Tentang Hal Itu. Rupa Rupanya Ini Yang Jadi Malam Tu.

Aktres Nabila Huda, 36, tampil memberi penjelasan dengan menyatakan dia berada dalam keadaan baik selepas kejadian rumahnya didatangi manusia yang mencurigakan. Jelas Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, dia seorang yang paranoid terutamanya ketika berseorangan di rumah.

“Saya tahu semua orang risau dan tertanya-tanya apa yang terjadi dekat saya. Secara jujurnya, tidak ada apa-apa yang berlaku kepada saya. “Saya dalam keadaan sihat. Saya memang takut duduk rumah sorang-sorang. “Buat lagi bertambah paranoid tahap maksimum tu saya macam nampak kelibat orang dekat balkoni.


“Saya tak tahu itu orang ke apa tapi dia pakai masks (topeng muka). Tak ada orang jahat atau orang cuba nak mngasari . Itu sahaja. “Korang kena fahan saya ni pelakon. Saya punya paranoid mesti besar dari tanggapan korang. 

“Contohnya lvk4 dekat tangan tu sikit ja tapi saya menjerit macam kepala saya dah nak kena krat,” katanya menerusi Instagram Stories. Sementara itu, pelakon utama drama Kamar Kamariah ini mempersoalkan siapa individu yang memakai masks yang dilihat pada malam itu.“Untuk semua kawan saya, saya baik saja. Yang jadi persoalan siapa orang atau manusia yang saya nampak pakai masks,” katanya lagi.

Aktres Nabila Huda, 36, tidak dapat mengawal perasaan takut selepas rumahnya didatangi seorang individu yang mencurigakan. Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil, ketika kejadian berlaku dia keseorangan tanpa suami, Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya, Keisha Laila.

“Korang! Weh serius la weh. Saya tak tahu. Saya macam nampak orang kat balkoni. Saya tutup lampu lepastu saya dengar sesuatu. “Dah la suami saya tak ada, Keisha tak ada. Saya nampak macam ada.. “Weh tak kelakar! Macam mana ni weh? Pintu kunci tak?” kongsinya menerusi Instagram Stories sebentar tadi. 

Tambah pelakon drama Kamar Kamariah, dia merasakan bayangan yang dilihat itu adalah orang jahat. “Macam nampak tadi ada bayang hitam kat luar. Macam besar. Dia pakai baju warna hitam. Saya tak tahu hanya nampak bayang.

“Takkan orang jahat? Saya rasa orang jahat. Weh macam mana ni weh? “Weh saya takut sangat. Saya takut,” katanya sambil nangis teresak-esak. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing media online

Sumber : Gempak


Loading...
loading...




Nabila Huda tak mau orang salah faham

PELAKON popular Nabila Huda enggan mengulas mengenai kenyataannya di Twitter semalam yang dikaitkan dengan situasi kehidupan dan kesihatan terkini pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis Azizi. Menurut Nabila, dia sekadar menulis pertanyaan yang menjadi tanda tanya buatnya.

“Itu adalah persoalan. Saya tak mahu komen lebih lanjut kerana tak mahu ada sebarang salah faham daripada mana-mana pihak,” katanya kepada Harian Metro. Memetik tulisannya di Twitter, Nabila tertanya-tanya mengenai tindakan ibu bapa pelakon kanak-kanak itu yang membiarkannya keluar mencari rezeki sedangkan kesihatannya terganggu.

“Persoalannya, kenapa seorang budak yang sakit dibiarkan berjalan satu KL untuk sara hidup sedangkan ibu bapa dia mempunyai kaki dan tangan yang sempurna? “Kenapa seorang budak kena ikat perut sedangkan ibu dan bapanya mempunyai kemampuan untuk berjalan, bercakap dengan sempurna?” tulisnya di Twitter.

Di akaun media sosial itu juga, Nabila menjawab pertanyaan warganet yang mempersoal mengenai bantuan daripada orang sekeliling kepada Balqis. “Kami sentiasa ada, sedia membantu dan pernah membantu. Sangat membantu. Kami manusia, bukan semua. Dia bukan gula, dia adalah anak dari syurga. Semua sayang dan sentiasa bantu,” katanya.

Menutup tulisannya di Twitter, Nabila turut menyentuh mengenai perpisahan. “perpisahan bukan alasan atau penyelesaian. Persoalannya, sanggupkah membiarkan anak yang sakit mencari rezeki? Dari tadi, itu persoalan saya,” tulisnya.

Kisah Balqis mula menjadi perhatian ramai selepas melihat mengenai kehidupannya yang kini hanya berdua bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz selepas kedua orang tuanya berpisah sejak empat tahun lalu. Norashikin bagaimanapun gagal dihubungi.


Patuh arahan, Nabila Huda tinggalkan penggambaran

ENGGAN mengambil risiko berikutan penularan wabak Covid-19, pelakon Nabila Huda membuat keputusan tinggalkan lokasi penggambaran telefilem Aku Ingin Ke Syurga di Kelantan dan pulang ke Kuala Lumpur, hari ini.

Nabila ketika dihubungi berkata, dia juga tidak mahu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan, Selasa lalu. “Kami baru saja menjalani penggambaran selama dua hari dan sepatutnya hari ini pun ada penggambaran. Saya cuba mendapatkan maklum balas daripada penerbit memandangkan pihak FDAM (Persatuan Pengarah Filem Malaysia) juga sudah keluarkan kenyataan supaya semua penggambaran dihentikan.

“Namun, usaha saya gagal apabila penerbit tidak memberikan maklum balas, sebaliknya meminta pengurus produksinya menghubungi saya. Apabila saya jelaskan mengenai situasi sekarang dan meminta penjelasan daripadanya, tiada jawapan diberikan sebaliknya dia mahu berbincang lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Justeru, Nabila membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur dan pada masa sama bapanya yang juga penyanyi rock popular, Amy Search memintanya supaya segera pulang ke Kuala Lumpur. “Papa menghubungi saya dan meluahkan rasa marahnya terhadap syarikat produksi itu apabila masih meneruskan penggambaran walaupun kerajaan sudah keluarkan kenyataan supaya menghentikan sebarang kerja penggambaran.

“Ibu tiri, Nourish juga awal-awal sudah menghubungi saya dan meminta saya untuk pulang bagi memastikan keselamatan dan kesihatan saya terjamin. Saya pula tak boleh nak tinggalkan penggambaran begitu saja memandangkan ada kru dan pelakon lain, jadi saya fikir semasak-masaknya sebelum buat keputusan,” katanya.

Terdahulu, Amy menerusi Instagram Story turut menempelak syarikat produksi terbabit dengan mendakwa mereka melanggar Perintah Kawalan Pergerakan. Dalam hantaran yang sama, Amy turut meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap syarikat itu dan meminta Nabila segera pulang ke rumahnya.

Nabila berkata, dalam keadaan ini, dia menolak soal wang dan lebih mementingkan kesihatannya. “Ini bukan soal wang atau apa, tetapi soal keselamatan. Kalau kita menjalani penggambaran di tempat awam, kita tak tahu jika ada dalam kalangan kru yang dijangkiti atau mungkin orang awam. Ketika menjalani penggambaran semalam, saya berlakon tak ikhlas kerana tak boleh fokus.

“Lagipun, kita sebagai selebriti sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Jika kerajaan sudah tetapkan perintah, kita sepatutnya menghormati pemerintah dan tidak bersikap keras kepala,” katanya. Selain Nabila, pelakon lain yang terbabit dalam telefilem terbitan Adtisha Productions Sdn Bhd itu ialah Fauzi Nawawi dan Riz Amin. Kedua-duanya juga turut tinggalkan lokasi penggambaran dan pulang ke Kuala Lumpur.-ctto

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post