Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia, mohon admin hidekan profil aku, aku bernikah tahun lepas, isteri aku seorang perempuan yang cantik, lemah lembut, reti masak, pandai jaga makan minum aku, hormat mak ayah aku, pandai mengaji, pandai solat, serba serbi pandai.
ARTIKEL MENARIK: Anak Ada 4 Orang. Semua Berjaya Kecuali Anak Ke-3. Selalu Ungkit Dia, Sehingga Satu Hari
Dan aku tanya berapa kali? Dia cakap dah banyak kali sampaikan tak terkira. Dan masa aku dah balik dari umrah pun dia masih berhubung dengan lelaki itu. Allahuakbar. Sejak malam tu aku dah mula berubah, aku tak boleh terima dia buat macam ni kat aku, aku tak pernah sentuh mana mana perempuan, tapi kenapa ini yang aku dapat.
Sejak malam pertama kami bernikah tu, aku jadi benci tengok dia, walau dia cuba ambil hati aku, tapi hati aku dah hancur berkeping keping. Aku selalu bayangkan bila bersama dia, macam tu lah dia bersama orang lain. Jangan salahkan aku sebab dia lah aku jadi macam ni.
Aku tak sangka perempuan sebaik dan sesolehah dia rupa rupanya sudah rosak. Jangan salahkan aku kalau aku berfikir seperti ini sebab masa aku nikah, isteri aku sudah bukan perawan. Selepas kami nikah, adalah aku sentuh dia dalam 3 kali je, tu pun selepas dia buat pengakuan memang aku rasa jijik nak sentuh dia. Dah 3 kali sentuh je takkan dah hamil? 2 bulan nikah, 2 bulan juga dia hamil? Tak masuk akal kan?
Jangan jangan masa nikah dengan aku dia memang dah hamilkan anak orang lain. Aku ada tanya dia, kenapa hamil terlalu awal? Orang lain ke hamilkan dia? Dia menangis kata kata tu anak aku, katanya dia nak berpisah lepas lahirkan anak, sebab aku tak hargai dia.
Aku tak hargai dia? Kalau dia hargai aku, dia tak akan layan lelaki lain di saat kami sudah pun bertunang. Kenapa min? Aku jaga dia sebaik mungkin. Aku tak pernah buat benda jahat, aku hormat dia, aku nak jaga kesucian dia, tapi ini yang dia balas kat aku. Aku sedih campur kecewa.
Nak berpisah dia tu tak mungkin sebab aku nak dia jadi pasangan aku sampai bila bila sebab hanya dia seorang sahaja wanita yang aku cinta. Tapi kenapa dia buat semua ni? Ya Allah Walaupun dia buat semua ni min, aku masih layan dia baik, nafkah zahir dia memang aku bagi, cuma nafkah batin je aku tak bagi sebab bila bersama dia, aku terbayang bayang dia akan bersama orang lain. Aku jadi trauma.
Bukan aku tak pernah nak sentuh dia. Tapi bila nak sentuh, aku teringat benda tu. Bukan senang aku nak dapatkan dia, ayah dia tak berapa nak suka aku, yelah aku kerja biasa biasa je. Walaupun kerja gov gred aku renda takat spm je. Sedangkan mereka semua keluarga terhormat. Mak ayah dia dah balik haji berkali kali. Isteri aku khatam al quran berkali kali. Mereka dari keluarga yang hebat. Kaya raya dan terhormat.
Sedangkan aku. Hanya lelaki kampung yang datang ke kota hanya untuk mencari rezeki. Aku tahu aku salah sebab buat dia begini. Tapi aku cuba lupakan semua ini. Lagi lagi bila dia mula sarat dan nak bersalin. Rasa sayang aku pada dia mula nak kembali. Aku nak cuba lupakan kisah silam dia.
Yang jadi masalah min, lepas isteri aku melahirkan anak, anak tu kulit gelap, rambut keriting dan rupa anak tu tak sama macam aku. Lagi lagi aku ni berkulit cerah isteri aku pun sama, rambut kami lurus tapi anak itu kulit gelap rambut dia keriting.
Aku cuba bersangka baik, aku cuba sayang anak tu dan anak tu pun manja dengan aku. Panggil aku daddy, sayang aku, jadi penghibur dan pengerat kasih sayang kami. Tapi aku masih rasa tak selesa. Lagi lagi bapak mertua selalu sindir sindir kenapa rupa anak tu lain? Katanya pak mertua mesti keturunan saya rupa macam tu sampai cucu dia lahir jadi macam tu. Allahu aku terpaksa telan hinaan itu.
Isteriku pun sekarang sudah tidak bekerja. Sebab aku nak dia duduk rumah jaga anak. Nafkah dia pun aku tunaikan. Aku dah mula mula nak sentuh dia cuma aku masih curiga dengan anak itu, anak perempuan yang dibinti nama aku.
Perlu ke aku senyap senyap buat test DNA? Kalau terbukti anak aku. In sha Allah aku terima kalau sebaliknya? Ada kah aku boleh jadi wali anak itu, macam mana dengan surat lahirnya yang di bin nama aku? Aku buntu. Aku taknak berpisah tapi aku tak tahu nak buat apa. Aku masih sayangkan dia. Cuma aku rasa tak selesa macam ni. Keluarga aku semua tak tahu pasal ni. Mak ayah aku sayangkan anak tu. Tolong aku…
Reaksi warganet
Khairul Hamdi – Buat lah..😌 Bayangkan berapa Tahun nak HIDUP dalam tanda tanya. Sebab awak sendiri yang tahu, yang rasa. Berkenaan pasangan sendiri.. Wallahua’lam ( Moga Allah ampunkan d0sa perbuatan terkutuk isteri) aminn 😥😥 Tuan seorang pemaaf, moga syurga buat tuan Aminn 👏👏💓
Mashitah Mashi – Anak saya yang no2 berkulit gelap. Yang sulong putih melepak. Yang no 3 pun tak segelap yang no2. Anak anak saya ketiga tiga muka tak seiras. Cuma yang samakan mereka cuma tanda lahir… Saya dan husben kulit tak gelap pun. Ok dekat sini boleh nampak tak. Warna kulit tu tak semestinya ikut mak ayah… Memang susah nak terima sebab dalam tempoh bertunang dia boleh buat perangai macamtu. Ini awak tak lunaskn nafkah batin dia. Tak takut ka kalau dia cari orang lain secara diam2? Fikir sebaik mngkin…
Nur Ain Rahim – Ye, nak yang terbaik buatlah DNA test. Lepas tu senang nak cerita soal harta keturunan dsb. Disebabkan awak lelaki yang baik, mungkin itulah ujian untuk awak. Sabar, ujian Tuhan takkan sama. Jika isteri nak berubah dan insaf terimalah dia dan jangan sia siakan. Siapa kita untuk menepis semua ujian Tuhan, jadi berusahalah baiki rumahtangga sebaiknya. Walaupun mungkin suatu masa keputusan dna menyatakan anak itu bukan anak awak sekalipun, layan dia dengan baik. Dia tak salah dalam hal ni.
Mohd Firdaus Makhtar – Yang terbaik adalah dna test. Ianya menjawab teka teki selama ini. Makin lambat buat, makin terabai nanti tanggungjawab atau kasih sayang yang sepatutnya awak bagi. Tidak adil bagi mereka. Jika sebaliknya, awak telah teraniaya dan TIDAK ADIL bagi awak juga.. Rujuklah kepada pakar. Yang salah tetap salah, mohon kuatkan iman untuk hadapi semua ini. Kepada Jabatan Warganet, jika didapati bersalah, hendaklah semua pihak ambil teladan dan pengajaran dari kisah ini… We cannot always be nice all the time and back up benda yg x betul..
Enk Wonderland – Bias betol commentar kat cni. Kalau laki buat benda terkutuk time bertunang, suruh si isteri maafkan sebab si Suami dah Insaf. Tapi kalau si isteri yang buat benda terkutuk komen kritik si isteri tu. Patutnya kena adil la.. Siapa yang buat benda terkutuk tu dan khianat pasangan kena kritik la tak kira perempuan mahu pun lelaki. Kpd tt, check je dna. Xsalah pon. Yang penting kalau dah decide nak teruskan perkahwinan, kalau boleh jangan mengungkit isu ni. Sebab tt dah decide untuk terima kekurangan si isteri.
Sumber : Kisah Rumah Tangga via apampink
Sungguh tabah si suami. Moga segala urusannya dipermudahkan. Apa pula kata anda.
Post a Comment